Sarapan Pagi Di Tingkat 1 D'Bayu Hotel Tabung Haji

Sarapan Pagi Di Tingkat 1 D'Bayu Hotel Tabung Haji
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Hari ini, Jumaat   18 Jan 2019, kami mengambil keputusan menginap di Hotel Tabung Haji di Kota Kinabalu. Ini disebabkan anak yang kerja di Hospital Queen Kota Kinabalu, agak lewat keluar selepas membuat pembedahan dan menyelesaikannya bersama Doktor Pakar yang lain. Jika balik ke tempat tinggal di Tuaran memang memakan masa untuk sampai di rumah di Tuaran. Etuza mengambil keputusan menginap di Hotel Tabung Haji saat akhir dan anak-anak dan isteri akur keputusan lelaki ini sebagai ketua keluarga. 

Di Hotel Tabung Haji ini, nampak sedikit ada perubahan, lebih cantik dan upgrade berbanding dua tahun berlalu, di mana Etuza sekeluarga sering datang menjadi tetamu Hotel Tabung Haji. Seperti biasa kami diberi kopun untuk sarapan pagi percuma seramai tiga orang. Selebihnya kami bayar dan bolehlah makan dengan rasa selesa di tingkat 1 D'Bayu Cafe Hotel tabung Haji. Berbanding dua tahun lalu service D'Bayu Cafe Hotel Tabung Haji dari segi menu juadah sarapan pagi, seingat Etuza lebih banyak menu yang disajikan berbanding sekarang. Tak tahu lah kenapa, bagaimana pun masih kami berpuas hati dari segi tempat dan layanan yang diberi. Ini ja berani nak cakap. Mohon maaf jika ada kakitangan Hotel Tabung Haji terbaca entri Etuza ini ya. Mohon maafkan saya. 

 Kami bersarapan dengan selera sendiri, biasanya Etuza lebih kepada menu kuih muih masa sarapan pagi. Oleh kerana kurang pilihan Etuza ambil lah nasi goreng sahaja dan ambil sup yang tengah panas, ambil buah-buahan dan secawan Kopi Susu Tenom tanpa gula.

Seperti biasa Etuza ambil gambar kenangan, lagipun anak lelaki Etuza yang berbaju merah itu hari ini 19 Jan 2019 akan terbang ke terengganu bersama kawan-kawan sekuliah dari merata Sabah. Mereka semua akan mendaftar ke Semestar 3 di Universiti mereka. Inilah dia gambar kenangan kami di D'Bayu Cafe Hotel Tabung haji Kota Kinabalu, Sabah semasa mengambil sarapan pagi secara percuma di Hotel Tabung Haji. Alhamdulillah syukur nikmat ini.

 Abang dan adik seorang di Terengganu dan seorang lagi di Sarawak
Masih study dalam bidang masing-masing..
Gambar kenangan ini pasti mereka akan lihat suatu masa nanti..
alhamdulillah dah kenyang perut sarapan pagi di D'Bayu Cafe HTHKK

Kami sarapan pagi di D'Bayu Cafe Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah
tempat lebih menarik dan cantik ..alhamdulillah


bergambar bersama orang dari Tawau, Sabah..jadilah gambar kenangan kami

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. waalaikukumussalam.

    singgah petang...

    BalasPadam
  2. Sudah tiba semester baru jadi kena berjauhan dengan anak-anak kesayangan yer. Semoga dipermudahkan perjalanan mereka

    BalasPadam
  3. Dah besar anak-anak. Semua bawa haluan masing-masing. Moga semuanya berjaya. InsyaAllah, Amin.

    BalasPadam
  4. Seronok sekali sekala sarapan di hotel.

    BalasPadam
  5. Moga dipermudahkan urusan cikgu dan anak anak juga

    BalasPadam
  6. wah, seorang anak cikgu kat sarawak ye? saya orang sarawakk..hihi..bangga sekejap

    BalasPadam
  7. mahal x rate semlm di hotel TH ni?
    boleh la consider if ke sana.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.