Sejadah Baru

Sejadah Baru 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera 

Sebelum kita hendak ke suatu tempat baru, perkara penting yang harus kita fikirkan ialah adanya kelengkapan tempat solat yakni di Surau, Masjid mahupun tempat tinggal kita menginap. Dan yang paling kita terfikir ialah hala arah KIBLAT untuk kita mudahkan bersolat nanti.

Alhamdulillah di rumah anak Etuza telah sedia ada arah KIBLAT dan memudahkan kita menunaikan ibadah. Cuma sejadah yang kurang, hanya satu sahaja. Alhamdulillah Etuza telah pun membeli SEJADAH BARU yang harganya menarik dengan nilai RM15.00 sehelai. Murah tu di One Borneo semalam.

Inilah pilihan warna sejadah baru yang Etuza berkenan, hijau dan purple. Sejadah ni letak di rumah anak nanti. Boleh juga nanti beli lagi sejadah baru untuk Etuza sedekahkan di Masjid yang memerlukan tambahan sejadah. InshaAllah.

Sejadah baru di beli di One Borneo Kota Kinabalu

Ada banyak pilihan sebenarnya pilih warna hijau dan purple

Semua dah beli apa yang di inginkan..biasalah jika wanita ni
ada saja hendak di beli - Di One Borneo Kota Kinabalu

Arah kiblat di rumah anak Etuza.Mudahlah bersolat wajib

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Murah tu, takpe beli banyak standby tetamu nak guna ke nanti , or bila basuh ada lagi backup yang lain

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Menyedekahkan sejadah kt masjid jgk mendapat ganjaran pahala

    BalasPadam
  3. Murahnya beli.. tapi jauh sangat la pulak :)

    BalasPadam
  4. ALHAMDULILAH..

    besar2 dah anak brother ye.

    BalasPadam
  5. Murahnya sejadah. Baju kita boleh beli tak kan sejadah kita nak berkira kan..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. semoga pahala terus berpanjangan dgn rahmat keberkatanNya di dunia dan akhirat... aamiin.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.