Sah Sekali Lafaz

Sah Sekali Lafaz 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Maaf agak lewat membuka pintu maya ini. Walhal ramai blogger dan rakan membaca melontarkan komen dalam ruangan komen. Komen yang dapat Etuza jawab kita ucapkan alhamdulillah dan komen yang belum di jawab mohon juga Etuza di maafkan. Maaf kan kerana ruang komen Etuza bahagian reply tu pada komputer Etuza tak dapat buka. Etuza guna komputer lain baru mudah ja reply tu terbuka. Itu sebabnya, komen yang bertanya tu tak berapa dapat di jawab. 

Baiklah ada yang bertanya mana PASANGAN PENGANTIN anak buah Etuza tu. Atau anak kakak sulung Etuza. Hari ini, ada kesempatan awal pagi Etuza kongsikan pada anda ya. Kami orang biasa-biasa sahaja tidak ada kelebihan hanya kami dan kita semua adalah hambaNya yang serupa walau apa suku kaum dan tempat negeri di lahirkan. Pada yang beragama Islam kita adalah sama bersaudara SESAMA ISLAM SEJAGAT.

Inilah dia gambar-gambar kenangan anak buah ANN NOR SAKINAH  & RIZWAN SEKILIM yang bersatu dua hati selepas SEKALI SAHAJA LAFAZ NIKAH pada 07 Disember 2018. Pasangan ini di nikahkah oleh Imam Jurunikah Mukim Seberang Keningau, Sabah En. Mohd Alias Ali dari Jabatan JAHENS Keningau, Sabah. Diucapkan selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke Jannah Allah. Alhamdulillah syukur selesai uruisan majl;is pernikahan Ann Sakinah & Rizwan di blog Etuza.

Ketibaan Pengentin Lelaki & rombongan Keluarga dari Kg. Malima Sook.

Ketibaan Pengantin Perempuan & Rombongan Keluarga
di Masjid Al Munawarah Kg. Penagatan Ulu, Keningau

Tersenyum Gembira Menanti di Ijab Kabulkan. Di sana ada Etuza juga tersenyum 
menanti debaran lafaz nikahnya 

Kakak Sulung Etuza memberi semangat dan tenangkan anak gadisnya
Ann NorSakinah

Hampir dah nak di nikahkan..Etuza jadi saksi dengan seorang lagi saksi utama.
Semoga pengantin lelaki tak gugup..

Ipar Etuza Zulkiflie Supar Mewakilkan kepada Juru Nikah untuk
 menikahkan anak gadisnya Ann Nor Sakinah..

 Selesai lah sudah lafaz nikah dengan SEKALI LAFAZ oleh Rizwan Sekilim
Mereka SAH menjadi SUAMI & ISTERI 


Cincin di jari manis di sarungkan..alangkah kami bahagia melihat mereka 
tersenyum bahagia. Ya Allah jadi kan pasangan ini sentiasa bahagia. Aamiin.

Mas kawin dihulur tanda suami adalah bertanggungjawab meberi nafkah zahir
batin kepada Isterinya

Gambar jelas kedua mempelai di hari bahagia.
Pakaian bertahtakan putih yang anggun bercahaya

 Gambar kenangan anak kakak dan anak adik..

Gambar bersama kedua ibubapa pengantin lelaki dan 
pengantin perempuan..

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tahniah.. moga bahagia ke anak cucu, aamiin

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah terima kasih Umi Alya bagi pihak kakak sulung Etuza

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.