Pilih lauk Udang Dan Ikan Di restoran Khalifa Papar, Sabah

Pilih lauk Udang Dan Ikan Di restoran Khalifa Papar, Sabah
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Dari Keningau hendak ke Kota Kinabalu, apabila melalui jalan Kimanis - Kota Kinabalu, pasti anda akan ternampak Daerah Papar atau Pekan Papar yang luas kawasannya. Papar kini kelihatan semakin maju dengan pembangunan dan gedung beli belah seperti DIY dan pelbagai lagi syarikat lain tumbuh bagaikan cendawan.

Di tepi jalan lebih kurang 4 kilometer lagi ke Pekan Papar kita akan dapat melihat kawasan beli belah baru di Papar. Terpampang singboard RESTORAN JULIANA dan RESTORAN KHALIFA CURRY HOUSE. Oleh kerana kebetulan memang masa nak isi perut kami singgah di Restoran Khalifa. Rupanya milik India dan wow!! sedap belaka sayur dan lauk pauk.

Inilah Restoran Khalifa..ramai pengunjungnya

Etuza kali ini nak makan lauk apa ya. Fikir-fikir kerana bukan selalu makan Etuza pilih lauk udang dan ikan serta ulam. Minuman pula tea kichai panas kurang gula. Etuza niat nak makan guna tangan, tak perduli ramai orang tengok ke apa, janji makan pakai tangan selepas basuh tangan. Wah! tidak mengecewakan, udang di masak lembut dan kulit tak keras. Udang masak merah sementara ikan masak kari.  Sementara anak-anak dan mama ambil lauk daging masak rendang. Sedap juga nampak tu.

Inilah persekitaran bangunan beli belah baru di Papar.
Ada  DIY yang kian terkenal masa kini. 

Dari jauh nampak singboard RESTORAN JULIYANA. Warna biru.
Di mana restoran tu anda cari sahaja..

Menariknya di Papar ni ada Pet Shop. Etuza tengok 
harga pasir najis kucing murah dari Keningau. Insha Allah balik Keningau nanti Etuza pasti singgah nak membeli.

Inilah lauk yang ada 



Baca doa sebelum makan..best kan dapat makan bersama
di musim percutian.

Inilah menu pilihan Etuza. Juadah yang sedap di Restoran Khalifa.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Kenangan mengajar di smk majakir, papar dari 1997 hingga 2001 tetap terpahat dalam mindaku ini...

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaa! Bukan selalu alih selera plak kan cikgu, makan di kedai. Hehe.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.