Gigi Dah Tak Ngilu Makan Jeruk Mangga Asam Manis

Gigi Dah Tak Ngilu Makan Jeruk Mangga Asam Manis

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Musim cuti, memang menyeronokkan kepada semua yang pandai manfaatkan hari percutian. Antara yang tersirat dalam percutian yang agak panjang ialah ramai yang balik kampung menemui ibubapa tersayang. Bagi yang memang sedia duduk di kampung mereka bercuti dengan menebas rumput di kebun. Apabila kebuh dah bersih mulai lah mencari andainya ada buah si pokok buah yang di tanam.

Inilah dia hasil buah yang memang harus di petik dari kebun petang kemarin di kebun Etuza. Pokok mangga lebat buah hingga dua besen penuh. Rasanya kami yang hanya empat orang di rumah tak kan habis makan buah mangga asam manis ini. 

Mama pun ambil pisau kupas kulit kemudian hiris-hiriskan, sesekali dia mengambil hirisan mangga itu dan memakannya dengan penuh selera. " Humm tak ngilu ke gigi  tu, lain jadinya bila gigi ngilu" Mama senyum sahaja dan terus kan menghiris sambil makan hirisan mangga asam manis ini. 

Selesai menghiris mama letak lah apa yang sepatutnya. Hirisan mangga tu kelihatan cantik apabila bercampur hirisan muda dan buah mangga yang sederhana masak. Etuza curi-curi lah mengambil hirisan tersebut dan makan. Ambil satu, dua, tiga lama-lama makan banyak lah pula. Etuza rasa gigi ngilu tak rasa, biar betul ni. Ambil air minum dan ketika makan waktu malam, sah lah gigi Etuza tak ngilu. Alhamdulillah, begitu lama tak menjamah buah-buahan asam, di sebabkan ada rasa ngilu pada gigi Etuza. Kini boleh lah makan buah asam. Etuza begitu bersyukur padaNya. Terima kasih Allah.

Cantik buah mangga - Isi dia pun cantik..

Pagi hari ini sudah hantar kepada adik buah mangga asam manis ni. 
Selain Etuza bagi satu kontainer yang sudah siap di hiris menjadi jeruk mangga. 
Jika tidak di beri tak habis di makan. 

Bukti isi mangga ni cantik, sihat dan tak ada ulat..

Tengok agak menggoda juga kepada yang suka makan mangga asam manis..
Sorry hanya melihat gambar..

Jeruk mangga asam - Sedap lah pula..

Bahan: hirisan mangga yang sederhana masak..hampir masak
Lada padi bagi rasa pedas
Cuka makan bagi lagi rasa asam beraroma
Garam sedikit, jangan banyak..terlebih masin tak sedap lah jadinya.
Gaul-gaulkan hingga sebati - Ambil grapu makan seisi keluarga.

Ini hirisan buah mangga yang siap untuk di jual 
gambar ini Etuza ambil di Teluk Cempedak Kuantan Pahang.
Ini mangga manis..boleh letak serbuk amoi - Sedap

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Saya pantang jumpa mangga. .Kat pokok org pun teringin..lebih2 lg mangga epal yg tak masam tu

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. Sedapnya. Boleh juga dimakan dengan sambal kicap

    BalasPadam
  3. Tak aci tunjuk gambar..

    Jika dekat saya pergi ambil dah..

    BalasPadam
  4. mangga ni memang kesukaan kak AJ, Etuza hehe bagi lah mangga jenis apa sekali pun :)

    BalasPadam
  5. adeeehhhh... tak boleh lama-lama di sini, walaupun perkataan 'ngilu' itu terasa-rasa, tapi tak dapat memgatasi rasa kecur melihat mangga tu..huhuuuu...balik rumah dulu ye.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.