Bunga Unik Di Laman

Bunga Unik Di Laman
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

 Bertemu lagi dalam paparan blog ini. Bunga-bunga di halaman teratak Etuza boleh  dikatakan banyak jenis dan pelbagai warna dan bentuk bunga-bunga tersebut. Kebiasaannya Etuza hanya memaparkan bunga-bunga kertas, kerana dalam banyak jenis bunga kertas di laman yang mendominasikan. 

Minat untuk menanam banyak bunga kertas sejak dahulu, tetap subur hingga kini walaupun kini Etuza berusia. Di halaman rumah Etuza ada mengambil gambar beberapa bunga jenis bukan bunga kertas yang agak unik kelihatannya. Cuba tengok pada gambar bunga tersebut memang unik sekali ciptaan Allah ini. Kita yakni manusia tak dapat ciptakan bunga-bunga sebegini unik untuk kita nikmati kecantikkannya.

1. Bunga gambar 1 adalah sejenis bunga tulang ( orang kampung gelarkan ) Biasanya daun bunga jenis ini daun hijau atau daun batik serta daunya bujur atau bentuk segitiga. Bunga Tulang ini daun bercorak batik dan ikal seolah melingkar membentuk seekor ulat bulu. Sebab itu bunga ini di kenali Bunga Tulang Ulat Bulu. Satu bentuk bunga yang menyebabkan kita berfikir, betapa hebatnya satu kuasa yang mencipta bunga ini sebegini seni. Kita  manusia biasa tak mampu melakukannya.

Bunga Angin
 2. Gambar ke 2, adalah bunga angin. Orang kampung gelarkan bunga ini bunga angin kerana hanya di gantung atau di sangkut di atas tanpa sokongan tanah atau sabut kelapa. Bunga ini memerlukan ruangan yang terkena sinaran matahari pada kadar sederhana, serta mendapat angin yang lancar.  Bunga angin kelihatan seolah-olah akar pada sebatang pokok, tetapi hakikatnya bukan akar, inilah keunikan bunga angin. Bunga angin ni sejenis bunga ubat tetapi Etuza tak berapa pasti ubat untuk apa. Jangan lupa siram juga bunga angin ini pagi petang.

Bunga Cinta ( Bunga berjuntai )
 3. Bunga ini jenis berjuntai dan memerlukan tanah agar dapat hidup lebih tahan lama dan memanjang ke bawah. Cantik, ada dua jenis bunga ini. Bunga juntai daun hijau dan bunga juntai daun batik. Daun agak tebal. Di sini bunga ini lebih dikenali dengan nama bunga cinta. Bunga cinta kerana bunga juntai ini boleh di bentuk simbol LOVE dengan menggunakan dawai halus lalu di bentuk LOVE, jadilaha bunga ini bunga cinta.


Bunga jenis pakis. ( Bunga Marcellus )

 4. Bunga ini bunga jenis paku pakis. Daun bujur halus dan lembut. Daun bergantung pada reranting hitam seolah benang yang keras dan terlalu mudah patah jika di pegang dengan kasar. Hendai belai bunga ini harus dengan sentuhan yang lembut. Bunga ini keni sinonim dengan gelaran Bunga Marcellus. Etuza gelarkan bunga ini Bunga Marcellus kerana sebenarnya En. Marcellus hadiahkan bunga pakis ini sejak 10 tahun yang lalu. Masih ada dan tahan bunga ini. 


Bunga Puding Kura-Kura

5. Bunga puding kura-kura, inilah nama bunga dalam gambar ke 5. Daun bunga ini berwarna-warni dan kelihatan seolah badan kura-kura yang bercorak petak-petak. Lihat lah daun bunga puding ini seperti badan kura-kura nampaknya. Unik bukan.

Bunga ini tak tau nama yang orang kampung gelarkan.
Daun kasar dan bunga seolah bunga plastik yang cantik sekali.

 6. Bunga gambar ke 6, Etuza tak berapa pasti gelaran orang kampung. Bunga ini Etuza beli dari orang Cina. Sebab tertarik denga daun bunga ini seolah bersalut lilin berkilat dan bunga yang unik membentuk seperti buah dart. Perhatikan keunikan bunga ini, menawan kan.

Bunga Janggut Kuning

7. Bunga ganmbar ke 7 di kenali sebagai bunga janggut kuning. Bunga kelihatan halus dan ikal naik ke atas seolah macam rabut wanita yang di tocang. Inilah keunikan bunga gambar ke 7. Daun bujur dan panjang-panjang. Sangat sesuai di tanam di dalam pasu agar mudaha kita susun atur pada ruang laman rumah kita. Keunikan semua bunga ini sesungguhnya Allah yang ciptakan kita yakni manusia hanya menanam dan menikmati kecantikan bunga2an ini.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Wah rajin cikgu ... ada yang pernah tengok ada yang takpernah jumpaa ..nama nama pokok pun dah unik

    BalasPadam
  2. Bestnya punyai laman yang luas.. macam2 boleh tanam

    BalasPadam
  3. Bunga no 6 tu dipanggil pecah beling atau pecah kaca. Selalu orang minun rebusan air daunnya untuk lawas kencin dan batu karang.

    BalasPadam
  4. jarang2 kita jumpa lelaki yg boleh kenal bunga2an mcm cikgu ni
    yg perempuan pun ramai yg tak arif tentang bunga2an,tumbuhan..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.