Pilih Makan Nasi Kerabu

Pilih Makan Nasi Kerabu  
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kadang kala buat rumah terbuka, bawa kawan-kawan makan bersama- sama, sajikan pelbagai juadah yang dirasakan enak di makan dan menyelerakan. Pakat-pakat masak bersama, selalunya PORT LUCK dalam bahasa asing. Janji semua bawa dan yang tidak sempat bawa itu apa kan daya bukan rezeki dia kali ini.

Sebaik tiba masa disajikan bersama semua apa yang ada. Tiba-tiba dalam banyak menu atau jenis juadah terlihat nasi berwarna biru, amat cantik dan memang jadi tumpuan ramai. Sebaik doa di baca, mulai lah operasi membaham makanan apa yang ada. Jika nak lagi iya dipersilakan saja, tiada yang menghalang nak second round. Yang penting semua  tetamu yang ada dah ambil makanan.

Nampak kan nasi biru tu..cantik, yang nasi kuning kismis tu pun woi! hebatnya..

Rasanya nak makan apa dulu, mana satu, ha Etuza pilih makan nasi kerabu air tangan Ustazah Mazila Salleh. Nak tau dia orang mana, Ustazah Mazila ni orang dari Kelantan. Ha tau dah dari mana nasi Kerabu tu. Dari Kelantan datang ke Keningau. Ustazah Mazila mengajar di sekolah Etuza. dapat lah merasa Nasi Kerabu yang amat sedap. Humm!! sedaplah. Sebab itu Etuza pilih makan dahulu nasi kerabu yang jarang ada di Keningau.

Ramai lah guru-guru wanita nak resipi nasi kerabu, katanya warna nasi tu sebaiknay dari air warna bunga telang baru lagi cantik  dan warna amat terang. Baru-baru ni juga ada Etuza menikmati juadah Nasi Kerabu, air tangan Ustaz Norisam Othman. Nasi Kerabu di makan bersama ikan dan ayam pun boleh dengan kuah campuran budu. Subahanallah amatlah sedap. Hingga Etuza jilat jari..maaf ya dah melampau ni .Jilat jari kan sunnah nabi saw.

Ini lah antara ramuan untuk Nasi Kerabu tu..

Kuah untuk nasi kerabu ada pelbagai jenis..kan ..sebabnya
kuah nasi kerabu Ustaz Norisam dari Kedah lain..ada perasa budu

ha tengok tu nasi kerabu dan nasi kuning kismis jadi pilihan..
ha jangan makan bersepah lah ya pesan Etuza..

Baiklah jika anda hendak resipi Nasi kerabu boleh lah klik laman sesawang ini Klik pada AZIE KITCHEN, pasti anda teruja nak buat Nasi Kerabu untuk seisi keluarga di musim cuti sekolah. 

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. nasi kerabu kalau dimakan bersama solok lada,daging/ayam bakar,keropok...lagi best cikgu

    BalasPadam
  2. mula2 baca aik, nape ngn nasi kerabu sbb kami kt sini biasa sgt ngn ns kerbau tu, tp bila ingat semula... yelah Etuza di sabah kn, mmg rare ns kerabu kt situ kan....

    bagi sya yg tak banyak songeh, ns kerabu biru bunga talang ke, ns kerabu putih pun ok je... jnji lauk2 nya ngn ulamnya cukup

    BalasPadam
  3. Feveret saya juga tapi tak suka masukkan kuah (penumis).. sekadar tambah campuran budu, sambal ikan, sambal dan ulam2an lebih sikit.. nak lg sedap, perah asam limau. .🤗

    BalasPadam
  4. Cheq suka juga dengan nasi kerabu, memang sedap 😋

    BalasPadam
  5. Memang sedap nasi kerabu ni. Saya kalau beli mesti nak taruh ulamnya lebih. Lagi best kalau ada solok lada.

    BalasPadam
  6. Saya pun suka nasi kerabu cikgu... kalau boleh nak letak mcm mcm lauk dalam nasi kerabu tu tapi apakan daya nanti mahallah pulak harganya hihi

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.