Pesan Nabi SAW Selawatlah Ke Atasku

 Pesan Nabi SAW Berselawatlah Ke Atasku
 سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

‎💕 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
‎💕 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
‎💕 اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Hari ini Malaysia, malah seluruh negara di Dunia ini, merasakan amat rindu dengannya, insan yang membawa rahmat kepada semua manusia. Dunia mengingati dia, insan yang Allah hadiahkan kepada kita, dianugerahkan kepada kita untuk membawa kita ke jalan yang benar pada agama Islam agama Allah yang maha berkuasa.

Allah utuskan dia yang membawa cahaya kebenaran, membawa nur iman ke dalam jiwa. Sungguh hebat kewibawaannya, keperibadiaannya hingga semua yang mahu kenali dia merasakan amat rindu pada dia, dia ialah Nabi Muhammad SAW merupakan rasul pilihan dan termasuk Nabi ulul azmi. Allah hu akbar. 

Kata Nabi SAW, pada akhir hidupnya dia berkata " UMATKU, UMATKU, UMATKU" Sendu hati ini, hiba dan bergenang air mata, sedangkan ketika itu kita belum dilahirkan. Dengan iman dan mata hati yang melihat wibawa Nabi SAW sebagai role model insan sejagat, kita mampu merasakan kasihnya teramat kepada kita sebagai umatnya dan hamba Allah.Dan dia mendoakan kita agar bersamanya di syurga Allah. Subahanallah, kasihnya begitu hebat kepada kita. mengapa kita nak lepaskan peluang bersamanya, berselawatlah..mari berselawat ke atas Nabi SAW. InshaAllah. Salam Maulidur Rasul 1440H.

Jika klik SINI pasti mendengar selawat ke atas nabi SAW.


Gambar  Perhimpunan Keningau berselawat pada 17 Nov 2018

Teringat akan pesan Nabi SAW dalam satu buku bacaan agama yang di tulis oleh Ahmad Nazhari cetakan 2004. Nabi SAW Bersabda ,
" Jauhilah ghibah sebab di dalamnya mengandungi tiga perkara bahaya: Doa tidak dikabulkan,amal kebaikannya di tolak, dan keburukkannya selalu bertambah-tambah" 
Ghibah itu ertinya mengumpt hina orang lain. Bahaya sekali, mari jauhi sungguh - sungguh ghibah ini.
Hari ini marilah banyakkan selawat ke atas Nabi SAW, hari ini merupakan hari keputeraan Nabi SAW, semoga doa dan selawat kita ke atas Nabi SAW di dengari oleh Allah dan menempatkan kita sebagai umat Nabi SAW yang mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat. Aamiin,

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Assalamualaikum cikgu. Selamat menyambut maulid ar-Rasul 1440H. Marilah kita sentiasa basahkan lidah dengan berselawat ke atasnya dan mudahan terpilih menerima syafaatnya di hari kebangkitan nanti. Solatullah wa salamuhu `ala Rasulillah..

    BalasPadam
  2. Salam ke atas Rasulullah s.a.w
    Perkongsian yang cukup berinfomatif. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Salam Maulidur Rasul 😊

    BalasPadam
  4. Salam maulidurrasul..

    Hari ni saya keja, join Karnival di Masjid..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.