Pentas Dunia Sementara
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Agak lama merenung beberapa gambar kenangan hidup hari ini, setelah solat subuh, menunggu seisi keluarga menjamah sarapan pagi, Etuza sarapan pagi dahulu di blog kecil ini. Rasanya hampir-hampir tiada idea, banyak benda nak share, tetapi perlu di tapis, dalam blog kita usah terlalu RAKUS hendak semua ke udarakan. Tapis-tapis lah terutama perkara yang merosakkan keharmonian.
Baiklah sudah jumpa gambar yang diinginkan. Sekadar gambar untuk menghiasi blog kecil ini. DUNIA INI PENTAS SANDIWARA! Pasti tiap kita adanya kenangan demi kenangan. haruskah membunuh kenangan itu? Haruskan pertahankan hingga bila-bila selamanya. Hakikatnya Hidup Ini Sementara, kenangan di dunia cuma sementara dan akan lenyap dan pergi tanpa kembali lagi. Satu saja hendak pesan pada diri dan semua pembaca, SELAGI MASIH HIDUP KENANGAN ITU masih boleh di lihat, di ingat dan di kenang apabila kita miliki GAMBAR perjalanan kita dalam peristiwa di mana pun kita pergi sama ada jauh dan dekat. Usah buang gambar kenangan anda, kerana ada genarasi lain yang hendak melihat iaitu anak-anak warisan yang kita ada. Lihat dan kenali di mana kah gambar ini di rakam.Etuza.
Pertama kali mendarat di Kuala Lumpur 2012.
Gambar di Putrajaya . Keindahan di Putrajaya
itu persembahan dari Allah untuk rakyat Malaysia.
Di Ranau dan di Kundasang Ranau..4 orang anak Etuza
sempat study di SMK Agama Ranau, Sabah.
tak terkira ulang alik ke Ranau ini. Negeri sendiri kan..
Kundasang Ranau, Sabah
Osaka, Jepun. Masih mahu ke Jepun tapi bila?
Di Menumbuk, Sabah, keliling Sabah masa tu..
banyak tempat kami singgah antaranya dalam gambar tu
Di Labuan, datang sini lawat anak di matrikulasi Labuan..
2011. Tempat ni di Ujana Kewangan, Labuan







5 Ulasan
Alhamdulillah.. diberi kesempatan berjalan ke negeri orang.. dpt menambah pengalaman hidup tu..
BalasPadamkeanganan tak perlu dilupakan
BalasPadamhanya harus dikenang saja
Walaupun ia sementara kita manfaat sebaiknya dan nikmati keindahannya
BalasPadamKenangan itu cukup manis untuk dikenang dan amat mahal untuk dibuang
BalasPadamSekurang2nya boleh jadi kenangan
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.