Pening Kepala Jika Berfikir Banyak Hal

Pening Kepala Jika Berfikir Banyak Hal
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Setiap anak yang dilahirkan ada beza yang Allah berikan
Takkan sama sikap dan peribadinya namun semuanya 
membahagiakan. Usah Pening Kepala.
VIRAL -Sila klik
Sesiapa yang ada anak lelaki ke perempuan pastinya ada pengalaman masing-masing hadapi karenah anak-anak yang disayangi. Tidak terkecuali Etuza, hadap karenah anak lelaki dan anak perempuan. Memang perlukan kesabaran dan ketabahan, sejujurnya usah sakiti hati anak, tetapi apakan daya untuk niat mendidik bertujuan mebawanya ke arah yang lebih baik terjentiklah hatinya. Maafkan ayah.

Percaya lah hanya kesabaran dan kasih sayang yang boleh mempertahankan kebahagiaan, apa tah lagi jika kita bajai kasih kita kepada anak-anak dengan membawa mereka kenali Allah, ajak tegakkan solat lima waktu dan memberitahu mereka hukum pahala dan dosa. 

Mesej Etuza hari ini ialah tentang adanya beberapa perbezaan sikap dan peribadi ANAK SULUNG DAN ANAK BONGSU dari anak perempuan mahupun anak lelaki. Memang jauh beza anak sulung dan anak bongsu, boleh jadi pening kepala hadap anak bongsu ni. 

Ya Allah manja bukan main, merajuk dan banyak kerenah. Segera Etuza bawa diri BERMUHASABAH, bayangkan tengah malam CALL ibu dia dari asrama, dia pesan nak lawati dia esok, baru tu di hantar petang ahad di asrama. Hai anak bongsu..begitu kah pula ye. Anak sulung tak pun sering minta lawat dekat asrama. Aduhai...demi anak yee kan saja lah esok nak lawat. 

Anak bongsu ni ..sayangnya ibu dia bukan main, kakak dua orang dah tegur, lebih kan sangat bongsu ni. Lastly terjentiklah hatinya, punyalah merajuk. Tak nak makan ..tidur memanjang. Ha padan muka ayah dia ni. Ya Allah pening kepala bertambah lagi lah. 

Etuza ambil lah jalan pintas, cuba dulu kenali anak bongsu ni lagi jauh, nak mentelaah lah di google ni. Lupa lah belajar dengan elok cara tangani sikap karenah ank bongsu. kadang tu klik ja di google ada juga ilmu dari otai-otai blog. Insha Allah. semoga usaha Etuza dan amalkan cara yang baik didik anak bongsu akan Allah kabulkan. Amiin. Jika tak usaha nanti pening kepala fikir banyak hal tau. Bye. Jumpa lagi.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Jika boleh, biarlah sama rata melayani anak anak..

    BalasPadam
  2. ragam si bongsu. sy percaya bila dah dewasa kelak dialah anak paling berdikari insya allah

    BalasPadam
  3. salam
    apa kabar cikgu
    setiap anak dilahirkan berbeza perwatakan,perangai..kita ibu dan ayah perlu menananginya dgn cara yg berbeza utk setiap dari mereka..

    BalasPadam
  4. Biasa la cikgu anak bongsu selalunya lebih manja dengan family. Adik zumal yang bongsu pun gitu...

    BalasPadam
  5. Sayapun anak bongsu, manja erkkkk. . tak juga cikgu, jika dibandingkan saya dengan abang, abang saya lebih manja dengan arwah mak 🤗🤗🤗

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.