Menarik Di Tuaran, Sabah

Menarik Di Tuaran, Sabah

Menarik Di Tuaran, Sabah
Asalamualaikum & Salam sejahtera Semua

Teringat Etuza tentang pengalaman pertama kali ke Daerah Tuaran, Sabah. Agak sesak jalan raya ketika itu, kebetulan ada acara Tamu di Pekan Tuaran ini. Pekan kecil Tuaran rupanya penuh sesak dengan masyarakat yang datang dari berbagai pelusuk tempat, Etuza yakin mereka ada program di Tuaran atau sekadar hendak ke Tamu Tuaran. Terfikir juga Etuza Tuaran ini adalah laluan kenderaan menuju ke Ranau, Sabah dan ke Kota Kinabalu. Sudah pastilah kesibukan sangat terasa dan jelas sekali.

Bila di Tamu Tuaran, huuu!!! ramainya orang bersesak-sesak, hinggakan Etuza tak tahu nak jalan mana. Perlahan-lahan melangkah kerana begitulah rentaknya. Tujuan Etuza hanya lah hendak melihat situasi Tamu di Tuaran. Berbagai jualan, berbagai suku kaum dan memang ada beza Budaya di Tuaran dan Budaya Tamu di Keningau, Sabah daerah Etuza. 

( Ada episod Tamu Tuaran dan Gambar nanti Tunggu!! ) Masjid di Tuaran juga besar, sempat Etuza masuk dan solat-Alhamdulillah.

Baiklah kita terus kepada gambar yang Etuza ambil kerana Etuza tertarik pada bentuk dan seni binanya itu. Itu lah dia satu mercu tanda di Daerah Tuaran, iaitu sebuah tempat ibadat orang Cina. Tokong yang di bina secara bertingkat-tingkat hingga nampak Tokong Cina ini nampak jelas kedudukan strategik di tengah Pekan Tuaran. Melihat seni bina ini Etuza teringat akan bangunan atau seni bina Menara KLCC di Kuala Lumpur. kelihatan seolah KLCC tetapi Tokong Cina ini hanya megah berdiri satu tegak mendongk langit. Tidak salah jika Etuza katakan seni bina Tokong Cina ini satu bangunan yang menarik di Tuaran, Sabah. Buktinya ramai kawan-kawan Etuza datang ke Tuaran pasti mengambil gambar Tokong Cina yang tinggi ini sebagai kenangan pijak Pekan Tuaran, Sabah. Sesiapa ke Tuaran sila ambil gambar Tokong ini nanti kerana unik dan berseni binaannya. 

 Gambar dari jauh..ambil gambar dalam kereta saja..

Gambar dari jarak dekat..hanya bangunan tinggi dapat..
bangunan sebuah Tokong tak sempat ambil ..

Menara kembar KLCC Etuza ambil Julai 2018..
juga dalam kereta saja..


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

Asalamualaikum..ruangan komen adalah warna blog kita juga. salam damai pagi jumaat

Hari tu g sabah tak pegi pom tuaran. Inn shaa Allah g lain kali kena singgah

Assalamualaikum cg Etuza, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
Oh, di Tuaran pun ada pasar tamu ye, saya sangkakan pasar tamu hanya di Kota Belud. Tentu ada kelainan keduanya. Bangunan pagoda 9 tingkat tu memang menarik, menjadi mercu tanda pekan Tuaran.

menarik nampak senibinanya

Tak pernah lagi sampai di Sabah. Apatah lagi nak sampai ke Tuaran ni.

tak pernah ke pasar tamu..mesti menarik dgn pelbagai budaya..

Pernah dengar juga pasar tamu..

Banyak tempat menarik di Tuaran ye

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (542) Ucapan (491) Berita (423) Doa (386) Dunia Blog (383) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (301) Anak (292) Tips Blog (291) Pendidikan (278) Nasihat (247) Pelancongan (244) Kasih sayang (241) Berita Keningau (217) Alam Semulajadi (205) Rasa Bahagia (204) Hadiah (184) Gambar (169) Keluarga (148) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (98) Percutian (88) Tentang lelaki (77) Bunga (75) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Rumah tangga (56) Tumbuhan (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (39) Haiwan (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (17) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) BRIM (1) Bunga Kertas (1) Hotel (1) Laman (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger