Bilakah Blog Terkenal

Bilakah Blog Terkenal

سْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Adakah blogger di alam maya berniat hendak terkenal dalam berblog? Pasti ada niat tersebut di hati anda semua. teringin juga hendak terkenal sebagaimana blog bolgger otai yang sangat consistent  atau sangat mantap dan pantas merebut peluang keemasan menambahkan ilmu pengetahuan, menyalur ilmu pengetahuan dan mewangkan blog. 

Sebagaimana yang kita ketahui ramai blogger yang mengaut keuntungan dengan berblog. Antara yang kita nampak menyinar dalam berblog dan memiliki ADSEN ialah blogger Hasrul Hasan. rasanya semua blogger sangat sinonim dengan blog hebat milik Blogger Hasrul Hasan dan ramai lagi sebenarnya.

Lihat prestasi pencapaian blog Etuza..sekadar menjadi penghias
tepi jalan Internet maya di awang-awangan. Prestasi setakat Oktober 2018

 Prestasi pencapaian blog Etuza setakat Oktober 2018 adalah seperti dalam gambar di atas. Followers 495, pengikut Google Plus 706 dan kemasukan entri baru 1543.Ruangan komentar juga ala kadar sahaja, dimana hanya mereka yang suka dan sudi berinteraksi dengan Etuza sahaja yang datang membaca dan meninggalkan jejak seperti menjatuhkan komen yang baik. terima kasih kepada yang datang ke laman ini.

Terfikir Etuza BILA agaknya blog ini akan terkenal ? Saban hari setiap hari dan ada masa bertubi-tubi memasukkan entri yang segar, yang orang tidak terfikir hendak muatkan di wall blog, ada dalam blog Etuza ini. Jawapan kenapa tidak juga terkenal sebenarnya ada pada Etuza sendiri. Mana mungkin blog terkenal jika banyak entri yang biasa-biasa sahaja, mengarut entri pun ada dalam blog Etuza yang mungkin ada pembaca ketawa lucu. 

Ternyata untuk mencapai blog yang terkenal BUKAN MUDAH dan jika sekadar blog di pinggiran PADAM kan niat hendak TERKENAL kan blog seperti blog Etuza ini. 

Blog yang pasti  terkenal perlu ada ciri seperti berikut :-

1. Blog diusahakan oleh blogger secara SEPENUH MASA, Ini pasti pada pandangan Etuza.

2, Seorang blogger yang BERANI melontarkan idea, teguran membina dan mampu memberi kesan motivasi kepada masyarakat.

3. Meletakkan banyak iklan, promosi itu dan ini, pasti ramai klik dan statistik grafik blog akan mencanak naik.

4.Mewangkan blog, ada mendaftar adsen. Memiliki tapak blog yang kemas dan tersusun atur, hingga mudah memberikan informasi kepada masyarakat di luar sana.

5. Pantas dan cepat menyiarkan  berita-berita Dunia yang terkini, berita sensasi dan pelbagai isu yang digemari ramai.

6. Blog memaparkan pengalaman pelancongan yang menarik dikongsikan kepada umum.

Itulah dia antara ciri blog yang pasti akan TERKENAL di persada maya atau di dunia blog.Cuba anda fikirkan apakah blog anda ada ciri-ciri 6 perkara di atas. Jika ada akan mulai terkenal dan usahakan usaha putus asa. Good Night.Lelapkan matamu, esok bangun segar Allah beri rahmat.

Blog terkenal antaranya ialah blog ramai followers.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.