Aksi Si Baju Pink Di Karambunai Resort Kota Kinabalu

Aksi Si Baju Pink Di Karambunai Resort Kota Kinabalu
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Gambar mereka tidak lah sehebat mana, cara bergambar hanya biasa-biasa sahaja, almakumlah mewarisi sikap malu-malu dari ayah dan ibu, aksi dan gaya style gambar hanya itu lah dapat ditunjukkan.

Bayangkan jika sicelik tu hebat beraksi depan kamera, bukan setakat gambar muka, tetapi penuh dengan gaya dan style sicelik bergambar. Hebat dan menariknya gamabr si celik seperti gambar-gambar anak-anak artis. Pakaian cantik dan menarik sekali. Gambar si celik baju pink dalam blog ni biasa sahaja..tidak ada pun yang istemewa pada gambar ni, kerana kehidupan kami biasa sahaja dan berstatus orang kampung. Niat untuk memeriahkan blog kesayangan ini.

Aksi si baju pink, merujuk kepada anak bongsu Etuza, masa ini masih kecil dan memang di lincah serta aktif bergerak ke sana-ke mari. Dia lahir 2005 di sambut oleh kakak dan abang mereka dengan penuh kasih sayang. Kakak nya dua orang lah yang menjaganya membersihkan dan kadang ikut ibu memandikan adik berbaju pink ini. Hai..rindu sangat ketika zaman anak-anak masih kecil mereka semua.

Untuk menghilangkan rindu ini, Etuza santai lah di blog, abadikan kenangan si bongsu berbaju pink dengan kakak dan abang dia. Sekarang dah 13 tahun. Tidak lagi selincah dahulu. Asyik nak membaca buku ...sesekali menyapu lantai dan melipat pakaian dan paling selalu duduk depan TV menonton rancangan yang digemarinya. 

Inilah kehidupan, baby, kanak-kanak, remaja, dewasa dan akhirnya tua. Dah tau siap lah yang sanggup menjaga si tua ni nanti. Allah hu akbar.

Manja dengan kakak masa kanak-kanaknya

ha tengok asyik nak kakak sulung ja lah dia..dengan ibu tak nak..
ini lah situasi jumpa kakak yang selalu jauh darinya..
 Sudikanlah diri tengok gambar yang lain yang ada ya. Selamat bercuti dari Etuza.









Salam sayang dari Etuza

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Nur Aliya Adibah (betul tak?)

    Alorrr lupa nama penuh si cilik merangkap puteri bongsu Cikgu dan Mama. . 🤗

    BalasPadam
  2. si bongsu selalu mmg akan rpt ngn yg sulung hhehehe... manis2 anak nya, mcm ibu nya

    BalasPadam
  3. kemain posing tu..peace tak lupe..haha

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.