Terima Kasih Jasamu Di Kenang

Terima Kasih Jasamu Di Kenang

Terima Kasih Jasamu Di Kenang
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Selamat malam semua, baru ada masa online dan mencatat satu informasi di blog ini. kali ini paparan khas penghargaan Etuza kepada lima orang guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau dan satu orang guru ganti yang semua mereka akan tamat bertugas di sekolah Etuza pada hari Jumaat minggu ini setelah tiga bulan berkhidmat.

Difahamkan akan ada majlis perpisahan pada hari Jumaat minggu ini nanti. Sebagai guru yang menjadi pembimbing kepada mereka serta guru yang sering mereka bantu dalam banyak urusan dan bidang kerja seharusnya ada lah cara menghargai mereka. Pada Etuza cukup diucapkan ungkapan TERIMA KASIH atas semua bantuan yang dihulurkan, cuma lebih sesuai jika disertai dengan hadiah penghargaan kepada mereka semua, dengan itu inshaAllah Etuza akan beri hadiah kepada mereka semua seramai enam orang.

 Guru Pelatih - Opsyen PSV & RBT
Guru Pembimbing Cikgu Haryati Suhaili

Nur  Ameera ni rajin orangnya mudah tersenyum. Rajin membantu dalam bidang pengacaraan dan apa sahaja yang diarahkan oleh pihak sekolah. Paling Etuza tidak lupa ialah guru pelatih ini turut membantu Etuza dalam mengurus latihan perbarisan peserta ke MSSS Zon Pegalan baru-baru ini. Nur Ameera turut menyediakan eksosori pakaian perbarisan pada bahagian topi.
Guru Pelatih - Opsyen Sejarah & PKesihatan
Guru Pembimbing - Etuza
 Lia Lyana pula yang berbaju merah itu merupakan guru pelatih yang rajin membantu Etuza dan pihak sekolah dalam pengurusan Program Bulan Kebangsaan 2018. Banyak idea yang telah dibuat oleh guru ini, selain mengajar Sejarah yang merupakan subjek Etuza dalam kelas tahun 4. Kepada Lia Lyana mohon maaf jika ada kesilapan sepanjang memberikan bimbingan. Etuza manusia biasa yang juga ada kelemahan sendiri.
Guru Pelatih - Opsyen PSV & P.Moral
Guru Pembimbing - Cikgu Ahini Haisin 
Yang ini namanya Intan Suzana, juga merupakan guru pelatih yang sangat ringan tulang membantu. Membantu dalam menjayakan apa juga program di sekolah. Paling jelas Intan Suzana membatu memberi latihan kepada peserta perbarisan baru-baru ini hingga perbarisan sekolah ke MSSS Zon Pegalan menjadi Juara. Intan Suzana jyga turut menyedaian hiasan pada topi peserta perbarisan dari SK.Penagatan, Keningau.
Guru Pelatih - Opsyen Bahasa Kadazan Dusun 
Seperti guru pelatih lain guru pelatih ini juga sangat rajin membantu. Cikgu ini bernama Veronecca telah menyumbangkan jasa dalam melatih perbarisan dan melatih murid tarian rampaian sempena persembahan MSSS Zon Pegalan 2018.Seorang guru wanita yang menampakkan keikhlasan dalam memberi pengajaran di kelas dalam bahasa Kadazan Dusun.
Guru Pelatih - Opsyen Bahasa Kadazan Dusun

Guru pelatih ini namanya Prisca Jasinta yang berasal dari Tambunan, Sabah. Guru ini juga sama seperti guru pelatih lain sangat ringan memberi bantuan di sekolah. Dia telah berkorban masa dan tenaga melatih tarian persembahan sempena MSSS Zon Pegalan baru-baru ini.

Guru Pengganti Guru Bersalin- Nur Iffa Izyan.
Guru pengganti Iffa Izyan juga seorang guru pengganti selama 3 bulan yang rajin dan sentiasa sabar hadapi karenah murid di sekolah. Hari jumaat tamat perkhidmatannya sebagai guru pengganti. Semoga 3 bulan menjadi guru memberikan kesan pengalaman istemewa kepada Iffa Izyan Zulkifle.

Guru Pelatih - Opsyen Sejarah
Guru Pembimbing Cikgu Mariah Gudiman.
Cikgu Malisa Ng juga seorang guru pelatih yang sangat sporting. Rajin membantu khasnya tugas sebagai jurugambar. Dapatlah Etuza rehat mengambil gambar seperti selalu Etuza dilantik bahagian AJK gambar dan dokumentasi. Terima kasih kepada Cik Malisa Ng dari Sarawak.
Ucapan akhir Etuza kepada mereka, teruskan usaha menjadi guru yang terbaik apabila posting di sekolah nanti. Jadikan pengalaman latihan 3 bulan di SK.Penagatan sebagai  pengalaman yang manis dan indah. Selamat maju jaya dan maaf andai ada salah dan silap.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

Jasa guru, sampai bila-bila pun akan dikenang. Moga semuanya terus suksess

wah segak segak eh bakal cikgu :)

mereka yang berdedikasi, membentuk anak2 bangsa cemerlang dunia dan akhirat. tahniah guru2! u r awesome!

Semua bagus2 ya. . Semoga cikgu2 semua dipermudahkan dlm urusan kerjaya sebagai guru ini

Semoga pengalaman yg ada dpt dijadikan sandaran utk terus maju dan mendidik anak bangsa, melahirkan pemimpin masa hadapan yg prihatin dan berjaya.. aamiin.

Pernah bercita-cita jadi guru tapi apakan daya zumal tak layak

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (542) Ucapan (491) Berita (423) Doa (386) Dunia Blog (383) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (301) Anak (292) Tips Blog (291) Pendidikan (278) Nasihat (247) Pelancongan (244) Kasih sayang (241) Berita Keningau (217) Alam Semulajadi (205) Rasa Bahagia (204) Hadiah (184) Gambar (169) Keluarga (148) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (98) Percutian (88) Tentang lelaki (77) Bunga (75) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Rumah tangga (56) Tumbuhan (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (39) Haiwan (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (17) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) BRIM (1) Bunga Kertas (1) Hotel (1) Laman (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger