Resipi Makanan Tradisional Orang Sabah Sedapnya Meletup

Resipi Makanan Tradisional Orang Sabah 

Setiap negeri mesti ada sesuatu yang harus dibanggakan,sebegitulah di negeriku Sabah di bawah bayu. Di daerah Etuza memang berlambak makanan ini dan paling digemari ramai memandangkan sumber tumbuhan ini selain tumbuh meliar sendiri ada juga yang menanam agar sumber tumbuhan ini mudah di dapati di laman sendiri. dan Etuza ada menanam tumbuhan ini. Tumbuhan ini di namakan pokok TUHAU dan pokok KANTAN dalam bahasa Kadazan Dusun. Nama saintifiknya nanti google sendiri ya. Atau nanti Etuza  akan bantu carikan nama saintifik tumbuhan ini.

Ceritanya begini, anak dari jauh di Terengganu menghubungi ibunya meminta kirim atau hantar cara pos laju makanan tradisi Sabah iaitu TUHAU. Mama dengan giginya bawalah Etuza ke Pasar Malam Keningau hendak membeli bahan makanan ini seperti Tuhau, Bunga Kantan, Ikan Bilis, Lada Putih, Lada Padi  Kacang Tanah dan Cuka Makan.

Alhamdulillah berkat kesungguhan mama hendak buat resipi SAMBAL TUHAU DAN TUHAU GORENG KERING  telah berjaya dan hasilnya sangat-sangat menggembirakan Etuza dan pastinya anak tersayang akan merasa sangat gembira menerima kiriman dan apatah lagi AIR TANGAN IBUNYA sendiri makanan tradisi orang Sabahan ini. Humm!! sebaik Etuza rasa ya Allah sedap dan rasanya secukup rasa justru itu yang sangat Etuza suka, tidak terlebih garam dan tidak terlebih perasa cuka tapi pedas yang menyengat itu menambahkan kelazatan makanan ini. Subahanallah syukur ya Allah atas nikmat makanan yang Engkau beri ini.Pada 4 Sept makanan ini telah kami pos lajukan harap cepat sampai dan selamat.

Bahan-bahan dan proses di potong dihiris dan ditumbuk lumat..semua bahan

TUHAU GORENG rupa masakan mama demi untuk anak

Dan ini Sambal Tuhau asam pedas
aromanya hummm!! hebat menyelerakan..
Terima Kasih buat mama yang sudi masakkan untuk anak-anak tersayang..

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tak juga semua suka makan makanan tradisi Sabah ini..di area KK memang kuarng nampak resipi ini. Cuma di tambunan dan Keningau dan di kawasan tamparuli memang banyak resipi ini. Boleh dapat di tamu tuaran juga

    BalasPadam
  2. Nampak sedap, bilalah kami merasanya? 🤗🤗🤗

    BalasPadam
  3. sedap tu masakan tradisi...share resepinya cikgu

    BalasPadam
  4. Aroma bunga kantan sahaja pun dah membuka selera..apatah lagi di masak begini...fuhh.

    BalasPadam
  5. baru kenal resepi ini. sempat gak belajar makan ambuyat masa di Papar dulu. Sedap gak!

    BalasPadam
  6. Nampak sedap ni cikgu Etuza.. teringin juga nak rasa satu masa nanti

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.