Nikmat Hidup Luar Biasa

Nikmat Hidup Luar Biasa 

Bertemu lagi di uadara maya, salam hormat dan semoga sihat semua dipetang hari. Online internet petang ini semata-mata untuk melihat blog dan blog kawan-kawan lain. Sepertinya ada pula idea yang hendak dilahirkan di minda. Hasilnya inilah dia entri terbaru Etuza iaitu Nikmat Hidup Luar Biasa.

Nikmat hidup luar biasa Etuza maksudkan khas untuk Negara Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan. Tanpa makanan kehidupan tidak akan bahagia dan seolah-olah nikmat hidup itu tidak dapat dinikmati dengan sepenuhnya.

Kadangkala Etuza perhatikan apabila ada majlis di mana - mana pasti banyakknya juadah dihamparkan, dihidangkan kepada tetamu yang hadir. Tidak kiralah apa majlis tersebut, pasti akan ada beraneka jenis juadah yang lazat untuk dihidang dan dijamah oleh tetamu yang hadir.

Buah2an yang lazat dan harumnya..

Di zaman ini telah ramai cerdik pandai dan berilmu, mereka di didik diajar dan diberi pendidikan antaranya pendidikan adab tatasusila walau di mana sahaja berada.Antara adab yang sering diajarkan kepada masyarakat ialah beradab ketika makan di majlis orang. Mohon tidak gelojoh, mengambil makanan berlebihan kerana dikhuatiri membazir apabila tidak dapat habiskan makanan tersebut. Ambil sedang - sedang sahaja dan berilah bahagian juadah itu kepada tetamu yang lain. Melalui pendidikan dan adab tatsusila tersebut maka kita lihat masa kini, tetamu mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Akhirnya akan berlaku juga pembaziran makanan apabila masih banyak hidangan makanan yang kurang di ambil.

Aneka Jenis Kek di atas meja hidangan 

Cuba tengok berbagai jenis kek dihidangkan dalam gambar. Habis kah makanan tersebut atau apakah cara untuk manfaatkan makanan yang berlebihan itu. Jika di fikirkan makanan yang berlebihan  itu membuktikan bahawa Malaysia kaya dengan sumber makanan. Jika tidak pastilah ada sahaja kita lihat masyarakat kekurangan makanan dan kehidupan terhimpit kerana ketidakcukupan sumber makanan.  

Nikmat hidup yang luar biasa bagi Etuza ialah apabila kita di Malaysia kaya dengan bermacam jenis makanan, kita sihat gembira dan sangat senang hati apabila makanan amat menckupi di Malaysia. Apabila nikmat hidup yang luar biasa itu terjadi maka kita sebagai rakyat Malaysia akan mudah memilih jenis makanan apa yang kita hendak makan. Apapun makanan anda, mari kita berdoa menadah tangan untuk bersyukur kepada Allah yang maha esa.Baiklah mari kita sama-sama melihat berbagai jenis makanan di Malaysia yang Etuza kira sangat lazat dan berkhasiat.

Nasi dan mee goreng 

Keropok  Lekor dan Kuih Pisang Goreng..


 Cedol Nasi Pulut
Roti...

Banyaknya stok keropok lekor

Nasi himpit dan daging rendang

Kuih muih, antaranya kuih seri muka

Jemput makan..nikmat hidup luar biasa dengan berbagai jenis makanan di Malaysia ini.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Alhamdulillah...syukur dengan nikmat yang Tuhan berikan kepada kita..moga kita akan menghargai setiap nikmat itu.

    BalasPadam
  2. Sedapnya tengok buah mangga potong tuuu :)

    BalasPadam
  3. Sebahagian besar masyarakat Malaysia banyak membazir soal makanan dan pemakanan.
    Malah banyak benda yang kita makan tidak mengutamakan aspek kesihatan menyebabkan ramai yang mengidak penyakit akibat tabiat buruk pemakanan termasuklah obesiti.

    BalasPadam
  4. Assalamualaiku tuan, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Alhamdulillah, atas nikmat kehidupan dan segala isinya. Mudah-mudahn dengan rasa syukur yang dilafazkan menambahkan lagi nikmat Tuhan untuk dikongsi bersama.

    BalasPadam
  5. memang malaysia ni penuh dengan makanan yang sedap2 kan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..sememangny Malaysia Kaya dengan makanan sedap dan tradisi

    BalasPadam
  7. Ada program, ada makan... Begitulah hidup di Malaysia...

    BalasPadam
  8. Subhanallah walhamdulillah.. negara kita mmg kaya dgn pelbagai hidangan yg sedap2 utk kita nikmati.. syukurlah dan moga negara kita terus aman dan makmur.. aamiin.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.