Bayangan Remaja

Bayangan Remaja

 Bayangan Remaja
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Masa remaja memangnya indah sekali, kita bebas ke mana pun hendak pergi asalkan pandai membawa diri pasti seronok bersama teman-teman remaja sebaya atau tidak sebaya. Remaja begitu manis di alami,penuh dengan kegembiraan dan terasa amat bahagia bersama teman-teman seperjuanan.

Dan saat melihat gambar anak-anak Etuza bersama kawan-kawannya, terasa bagaikan itu adalah bayangan masa remaja Etuza, kerana sebegitulah yang Etuza alami. Ada kawan-kawan yang jauh datang bertandang menemui Etuza, bergurau bersama, jalan bersama dan pergi mencari makan bersama-sama. lebih banyak lagi kegembiraan masa remaja, sebagaimana yang anda juga pernah alaminya sebenarnya. 

Inilah dia memori anak remaja Etuza yang ke dua. Ada saja tetamunya dihujung minggu katanya. Mereka adalah teman-teman sekuliah dahulu di Kelantan, kini semua sudah bekerja dan ada yang sudahpun bernikah. Awal betul jodohnya. Dari Kelantan ke Pahang ada yang dari Johor ke Pahang dan ada kawan dia dari negeri Pahang itu sendiri datang bertemu dengan anak Etuza. Terima kasih lah kepada mereka kerana mengurangkan kesunyiaan anak Etuza di rantau, apatah lagi mereka sudi bayar makan anak Etuza. Haya Allah yang dapat memberi imbalan pahala.

happy tul mereka makan bersama duduk semeja bersama..
betul lah masa remaja amat indah bersama kawan-kawan yang memahami.

Best friends dia lah ni..selalu ada saja gambar mereka bertiga..
Kadangkala anak-anak dari jauh hantar gambar-gambar aktiviti mereka bersama kawan-kawan dan berada di satu tempat menarik. Bila rindu dengan mereka inilah kerja Etuza bercerita di blog, tetapi cerita yang tidak lah membosankan hanya sekadar menyatakan ingatan dan terbayang masa remaja Etuza kala melihat kegembiraan anak-anak Etuza bersama kawan-kawan mereka. Kerana anak Etuza masih remaja dan kawan-kawan dia juga masih remaja. Justru nikmatilah masa remaja dengan penuh berhati-hati dan mengamalkan cara hidup sihat tanpa melakukan perbuatan yang tidak baik. Semoga Allah lindungi semua remaja di Malaysia. Amiin.
Terubat rindu dengan anak apabila melihat mereka gembira
 bersama teman-teman mereka. Syukur ya Allah
Zaman Remaja Etuza. Dan anda juga ada zaman remaja yang indah itu.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

Gambar kenangan anak Etuza harus di hargai disimpan sebaiknya

jauh jauh sanggup dtg mmg sahabat betul la, sha semua kawan dekat dekat je tapi kalau nk jumpa kena tunggu raya 😅 sebab smua dah ada komitmen masing masing

Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Bicara usia remaja..
Setiap yang muda belum pasti merasai masa tua, tetapi setiap yang tua telah pun mengecapi usia muda. Tiada yang indah pada usia tua, kerana segenap keterbatasan telah mula melingkungi diri. Tenaga, ingatan, penglihatan, selera semakin berkurang. Justeru masa muda mestilah digunakan sebaiknya. Masa yang terus berlalu mengiringi perjalanan hidup adalah modal yang sangat berharga. Setelah ia pergi melewati maka selama-lamanya tidak akan kembali.. peringatan pastinya buat diri saya sendiri...

Bila kenang balik, zaman remaja ni mmg seronok.. tak sangka pejam celik masa pantas berlalu. Gembira bila tengok anak2 meningkat remaja dlm persekitaran yg baik.. subhanallah walhamdulillah.

im gonna miss this moments too

wah! bapa borek, anak rintik. Kedua2nya bisai! bak kata org brunei.

Asalamualaikum semua yang datang komen.
terima kasih komentar yang amat berharga..kita kongsi kenangan zaman remaja. Syukur kita selamat melalui zaman remaja kita. Doakan agar generasi baru aman damai dan harmoni melalui zaman kini yang semakin mencabar

kata-kata dari blogger amat Etuza hargai..terima kasih mewarnakan blog Etuza ya

Kenangan masa muda memang menggamit jiwa..saya pun terasa rindu zaman muda dulu kala..

anak ni cerminan kita, kan.
gambar tu dikirim utk si ayah menghilangkan rindu. aduhai :)
zaman remaja is ohsem, etuza.
bebas berjalan. bebas berfikir. bebas mengatur langkah...

Memang ada iras2 cikgu masa muda remaja

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (542) Ucapan (491) Berita (423) Doa (386) Dunia Blog (383) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (301) Anak (292) Tips Blog (291) Pendidikan (278) Nasihat (247) Pelancongan (244) Kasih sayang (241) Berita Keningau (217) Alam Semulajadi (205) Rasa Bahagia (204) Hadiah (184) Gambar (169) Keluarga (148) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (98) Percutian (88) Tentang lelaki (77) Bunga (75) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Rumah tangga (56) Tumbuhan (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (39) Haiwan (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (17) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) BRIM (1) Bunga Kertas (1) Hotel (1) Laman (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger