BAHTERA DIRAJA LAYANG EMAS DI KEDAH

BAHTERA DIRAJA LAYANG EMAS DI KEDAH
Asalamualaikum & Salam Sejhatera.

Hari ini terukir satu sejarah di Negeri Kedah ( Negeri Jelapang Padi ) apabila pada hari ini 20.10 2018 hari sabtu Istiadat Perarakan & Perbarisan Kehormatan Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Sultan Kedah  Ke - 29 SULTAN SALLEHUDDEN  SULTAN BADLISHAH. Perarakan sejauh 3.2 kilometer memberikan kesempatan kepada ramai rakyat Kedah membanjiri perarakan yang  berpusat di Alor Star Kedah, menurut yang Etuza dengar dan lihat di layar kaca tv awal pagi di Tv 1.


Kepada masyarakat Kedah Tahniah atas pertabalan Sultan baru kali Ke 29. Untuk lebih jelas anda boleh klik berita lebih lengkap di  UTUSAN ONLINE ( Klik ) Baiklah lihat beberapa gambar yang Etuza sempat rakam melalui tontonan Etuza di kaca TV 1. Mohon maaf jika gambar anda tidak berpuas hati.

Uniknya Bahtera Diraja Layang Emas ini..Berkonsepkan reka cipta tradisional 
orang Melayu.. dan kuning itu merupakan warna emas di Raja.

Tersenyum Sultan Kedah baru disamping Permainsurinya dalam perarakan 
Bahtera Diraja Layang Emas di Negeri Kedah

tiga ekor gajah yang dihias indah kemudian 3 nakhoda bagaikan 
pahlawan mengiringi sultan dalam perarakan ini..meriahnya di Alor Star Kedah hari ini.

 Tiga ekor gajah yang diberi nama Pian, Alam dan Rambai dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah turut berarak dalam istiadat perarakan itu sebagai gambaran simbolik kegemilangan pemerintahan zaman raja-raja Melayu suatu masa dahulu. Di petik dari UTUSAN ONLINE.

Acara akhir perarakan Sultan turun memeriksa barisan Pahlawan PDRM
dan sebaik membuat pemeriksaan Sultan Kedah yang baru di bawa balik 
ke Istana dan menunggu pada 22.10.2018 pertabalan secara rasmi akan dilaksanakan.
Daulat tuanku!.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.