Tahniah Kepada Da'i Adam Juara Dari Ranau, Sabah

Tahniah Kepada Da'i Adam Juara Dari Ranau, Sabah
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum  dan selamat sejahtera semua. 
Awal pagi pada 29 Sept 2018, menerusi whatsup satu group, Etuza terbaca kenyataan rakan guru menyatakan ucapan " tahniah kepada da'i Adam Juara Da'i Pendakwa Nusantara musim 6 pada malam 28 Sept 2018 baru-baru ini.

Da'i Adam adalah berasal dari Ranau, Sabah kata rakan guru Etuza. Sejujurnya ada Etuza menonton program dakwah ini di TV3, tetapi tidak berjaya menghabiskan tontonan  setiap kali mereka menyampaikan hujah mereka di pentas pertandingan. Ada panggilan atau urusan di luar jangkaan. Apatah lagi pendakwa yang masuk final dari Ranau Sabah ini, membuat Etuza merasa begitu bangga dengan orang dari Sabah berstatus mualaf berusia 26 tahun dari dari kalangan suku kaum Kadazan Dusun. Da'i Adam membawa pulang RM 60.00 dan tropi dari TV 3. Tahniah kepada hamba Allah yang luar biasa ini.

Untuk lebih lanjut penerangan tentang kejuaraan Da'i Adam sila klik laman my star dalam blog 
klik SINI untuk membaca tentang kejuaraan Da'i Adam. Semoga Adam yang membanggakan Negeri Sabah, akan terus maju jaya dan berjaya cemerlang di masa akan datang. 

Pinjam gambar Da'i Adam di Facebook Da'i Adam..mohon izin letak gambar
Da'i Adam di blog Etuza.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.