Pasar Medan Niaga Satok Kuching Sarawak
Salam sejahtera semua, selamat bercuti dihujung minggu yang merupakan minggu akhir bulan September 2018.Nampaknya ceritara lawatan Etuza di Sarawak belum berakhir. Hai bila lah berakhir ya. Jika hendak tahu selagi cerita bab makan menu Laksa Sarawak Ambal belum keudara selagi itu blog Etuza akan paparkan pelancongan Etuza di Sarawak baru-baru ini. Mintalah anda pembaca maya jangan lah boring ya.
Ini dia Pasar Besar Medan Niaga Satok, sorry kaburlah pula..canon Etuza dah tua..
Kami ke Sarawak tujuan hanya satu hendak hantar anak ke UNIMAS, tetapi oleh kerana flight balik Sabah petang Sabtu maka kami ambillah kesempatan ke Kuching Sarawak. Mama tiba-tiba terfikir hendak bawa buah tangan untuk family di kampung. Apa lagi mencarilah kami sejenis makanan laut yang terkenal di Sarawak iaitu IKAN TERUBUK. Sejenis ikan bersisik putih yang di masinkan dan dikeringkan sebagai pengawetan. Di mana lah hendak beli ya. Dekat sekitar Plaza Merdeka memang tak jumpa lah ikan ni.
Etuza akhirnya sampai di Medan Niaga Satok..wah lautan manusia..
yang menjual dan membeli, entah dari mana semuanya...
Apa guna mulut jika tidak bertanya. Etuza ternampaklah beberapa orang di tepi jalan depan Plaza Merdeka. Dekat pasar atau lorong Indian Street. Etuza bagi salam dan bertanya di mana tempat atau jalan ke pasar untuk beli IKAN TERUBUK ( maaf jika salah ejaan ) Rupanya insan yang Etuza tanya itu suami isteri, Namanya Imam Wasli, ya Allah bertuahnya jumpa hamba Allah yang sangat baik hati. Rupanya sudah terlebih dia membantu kami, di bawanya kami naik keretanya menuju ke MEDAN NIAGA SATOK.Katanya di Satok baru puas hati boleh tawar harga IKAN TERUBUK.
Dipendekkan cerita inilah dia suasana Pasar Niaga Satok Kuching Sarawak. Wah sangat besar dan luas. Berbagai-bagai jualan yang kita nampak. Mestilah ada IKAN TERUBUK yang diinginkan oleh mama. Alhamdulillah. Dapatlah beli. Oleh kerana hari ini flight dan ada kawan hendak bawa makan LAKSA SARAWAK maka sampai sinilah kemesraan kami bersama insan kamil suami isteri ini iaitu IMAM WASLI.
Nampak kan IKAN TERUBUK yang segar bersusun tu. Adalah 10 ekor kami beli dengan harga diskaunt RM 6.00 untuk 2 ekor. Lalu dibungkus rapi dan dimasukkan ke dalam kotak. Tidak terkata apa hendak diucapkan kepada pasangan suami isteri yang baik hati ini. Melainkan kami ucap terima kasih dan bersalaman. Semoga jumpa lagi di lain kali. Pasti Etuza akan hubungi mereka andai kami ada rezeki ke Sarawak lagi.
Tudung pink itu isteri IMAM WASLI..tak sempat bertanya nama.
Inilah dia IMAM WASLI dan isterinya..senang sekali bertemu orang baik hati ini. Hanya Allah dapat membalas semua kebaikan insan ini..subahanallah..semoga mereka sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.
5 Ulasan
Alhamdulillah. agak lama saya tak makan ikan terubuk malas. kali terakhir tahun lepas, suruh kawan belikan semasa balik ke sarawak. sedap ikan terubuk masin...
BalasPadamSedapnya ikan terubuk.
BalasPadamseluruh Malaysia sudah pegi.. kecuali SARAWAK.. teringin lah nak ke sana.
BalasPadamkalau pegi Kucing mesti cari ikan terubuk masin dan kek lapis sarawak tu.
BalasPadamWahh meriahnya ikan-ikan terubuk masin tu tersusun cantik saja di pasar tu. Teringin juga cheq nak ke Sarawak nanti ni, belum sampai lagi sana. Pernah sampai Sabah saja :)
BalasPadamFollower #477
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.