Hikmah Sabar Menanti

Hikmah Sabar Menanti

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bertemu lagi dalam blog ini. Selamat berhujung minggu dan mohon agar kita semua tidak lupa terhadap apa juga tanggungjawab terutama dalam urusan dengan Allah yang maha kuasa.

Kemarin bersamaan 14 hb Sept 2018, adalah hari yang benar-benar di tunggu oleh kami sekeluarga. Tarikh ini akan keluar keputusan UPU kemasukan ke menara gading bagi pelajar yang result STPM 2017 yang telah dikeluarkan pada bulan April 2018. Etuza sendiri merasakan amat risau andai kali ke 2 ini tidak naik namanya, setelah intake pertama tidak muncul namanya bagi penempatan ke mana-mana Universiti. Cuma ada satu kejutan yang luarbiasa aopabila permohonan online kemasukan ke Universiti Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar Perak keluar namanya sebagai pelayak kemasukan sesi 2018/2019. Namun anak tidak berpuas hati jika bukan dari UPU sendiri menempatkan dirinya ke menara gading. Merayulah dia sekali lagi. Tidak sama sekali berputus asa. Itu azimat yang Etuza perturunkan kepada semua anak-anak.

Gambar Putera  KE 2 Etuza..Nick Irfan 

Kawan-kawan sekelas tingkatan enam atas telah masuk UMS, dan di merata U di Negara Malaysia. Haduiii adik baru keluar SPM 2017 sudah masuk mendahului, malah sudah masuk semester 2 sudah adik dia ini. Kecut juga perut ayah mereka ini. Masakan result full kredit A, B dan 2C, tak ada D dan E pihak UPU tak kan tak  pandang untuk tempatkan ke Universiti mana-mana di Malaysia. Saya tengok wajahnya amat kecewa, tidak bermaya dan amat risau masa depannya bagaimana.

Tidak apa lah buatlah rayuan lagi, kan UPU online suruh lagi merayu. Tidak apa mungkin berperingkat kemasukan malah ada juga yang berjaya intake ke 3 pun ada. Cuba lagi result bagus pasti berjaya nanti. Tu kan di U di Perak dah tawarkan tu. Rupanya Nick Irfan nekad tidak mahu ke U di Perak. Agak terasa melepas hendak ke Kangsar Perak. Hummm!! kan menarik di sana tu. Hebatnya jika dapat ke Perak.


 Rakan sekelas Nick Irfan..happynya mereka ..

Baiklah, akhirnya anakanda terpaksa akur dengan nasihat ayah. lama menunggu ni 14 hb Sept keluar result rayuan. Sepatutnya 12hb Sept kena tunda lagi tarikh 14 Sept 2018. Tunggu saja lah hai anak tersayang. InshaAllah kita usaha dan kita wajib tawakal mohon Allah beri rezeki. Ingat tu mohon pada Allah.

Alhamdulillah dengan berkat sabar, akhirnya terjawab semua persoalan di minda. Nick Irfan berpuas hati kini bakal menjadi SISWA di Universiti Malaysia Sarawak dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan. InshaAllah Etuza dan mama akan flight hantar anak ke Sarawak, tetapi tarikh daftar setakat ini belum di ketahui. Ya Allah alhamdulillah, Engkau mendengar doa kami Ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih UPU online pemangkin kerjaya generasi Y di Malaysia. Anak ku Nick Irfan ayah dan mama bangga dengan mu, kejarlah cita-cita, jadilah lelaki yang membahagiakan dan menyejukkan hati ayah dan mama serta semua keluarga. Pergilah ke Sarawak dengan niat mencari ilmu reda Allah di Dunia dan di Akhirat. Semoga berjaya hingga ke tahun akhir. Aamiin.


Gambar ketika mereka beraya di sekolah mereka..
di SMK Keningau, Sabah.

Anak lelaki ke 3 Etuza- Di U Terengganu. Sudah masuk sem 2 2018

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Alhamdulillah...syukur...tahniah ya..selamat menuntut ilmu..

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. Alhamdulillah dan tahniah

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, syukur... tahniah dan semoga semuanya terus berjaya dgn sepenuh kecemerlangan.. aamiin.

    BalasPadam
  4. Tahniah Cikgu..

    Wahhh dekat bangat dengan anak bujang saya, jika anak aktif bergym, kemungkinan bwsar mereka boleh menjadi kawan tu..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.