Berpijak Di Bumi Sarawak
Alhamdulillah selamat kami mendarat di Bumi Sarawak pada jam 7.40 petang kemarin bersama mama dan anak kami yang tersayang Nick Irfan. Cuaca agak mendung tetapi hujan hanya renyai-renyai pada ketika kapal terbang Air Asia bergerak ke udara.
Tujuan ke Sarawak untuk hadir bersama daftarkan anak tersayang di UNIMAS sebagai pelajar semester pertama jurusan Ekonomi & Perniagaan. Syukur kepada Allah kerana memberikan laluan kerjaya kepada Nick Irfan.
Gambar kenangan di kapal terbang Air Asia
Sebaik sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, kami di sambut oleh saudara Dunggau merupakan kawan kepada sahabat kami Cikgu Piah. Cg. Piah memberikan nombor perhubungan kepada saudara Dunggau maka urusan perjalanan kami agak lancar dan tiada masalah.
Etuza merasa begitu bersyukur kerana Allah memberikan kesempatan bersiar-siar dalam dua hari di Bumi Sarawak. Semua ini berlaku apabila saya dan mama tersayang menumpang rezeki anak kami yang berjaya memasuki gedung terkemuka di UNIMAS Sarawak. Untuk hari pertama kami tinggal di Hotel My In yang sangat selesa. Selepas ini kami beralih ke hotel di pusat Bandaraya Kucing. Nanti lah Etuza cari hotel mana pilihan hati Salam sayang dari Etuza sekeluarga.
Gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak semalam.
6 Ulasan
Asalamualaikum semua teman maya..
BalasPadamWaalaikumussalam, Alhamdulillah cikgu dah selamat sampai
Padamtahniah kpd etuza krna semua anak berjaya dlm akademik.
BalasPadamsemoga berjaya kepada anak tuan di bumi kenyalang
BalasPadam| blog aimanabdullah |
selamat berjaya di Unimas~ saya alumni Unimas =)
BalasPadamAlhamdulillah.. tahniah buat anak dan cikgu Etuza sekeluarga. Semoga sentiasa diberkati dgn rahmat dan kejayaanNYA.. aamiin.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.