Akhirnya Kena Juga

Akhirnya Kena Juga

Salam sejahtera semua, semoga hari Sabtu hari ini anda di sana semuanya sihat walafiat hendaknya. InshaAllah, laluilah layar kehidupan dengan lebih baik agar kita sentiasa dilindungi oleh Allah yang maha kuasa.

Hari ini hendak cerita ringkas, alamak kan akhirnya kena juga!. Seolah bunyinya getir atau sakit ke?. Alamak betullah akhirnya terkena. Selalunya jadi juru kamera brand Canon, lantak saya kan nak ambil gambar sesiapa sahaja lah ikut suka hati. Tetapi bila online akan pilihlah gambar yang sedap nak tengok. Tidak boleh lah main hentam sahaja letak, nanti Etuza kena lah marah tuan punya badan , begitulah jika ada blog Facebook, harus hormati kawan-kawan kita.  Memang seronok ambil gambar orang sekeliling dalam apa juga jenis majlis. Memang banyak gambar tak ready. Macam-macam lah gaya ada kelihatan. Tapi Etuza katakan kita janganlah sesuka hati nak letak gambar orang yang tidak ready apa lagi gambar mereka yang nampak lucu dan sebagainya. Kasihan orang itu.

Ha ini lah dia kan Etuza dah terkena..

Inilah dia gambar Etuza apabila berada di hadapan, memberi informasi, memberi maklumat, tanpa sedar sudah di gambar atau di rakam oleh juru kamera yang diarahkan. Betul-betulah tak ready. Ada pula gambar jari Etuza sedang tunjuk sesuatu. Alamak betul lah kena akhirnya. Sebab selama ini, Etuza asyik nak ambil gambar orang lain. Ha giliran Etuza terkena, mujurlah gambar tak ready ok juga. Jika tidak mohon maaf lah masuk online, lucunya pun ada.

Picit hidung pun ada ..hai tak ada lah selesma..begitulah
 bila dah terkena kamera candid.

 Kadangkala gambar tak teady tu, ada yang kita lihat mencuit hati, menarik dan rasanya tak akan terbuat sebegitu pada masa akan datang. Dengan itu jika anda blogger dan ada blog sendiri inilah masanya kongsikan dengan ikhlas kepada pembaca maya. Secara langsung ada berbagai genre penulisan dan cerita yang mengisi jendela maya. Di harap para pembaca maya khasnya peminat blog Etuza tidak akan boring dengan apa juga cerita ringkas Etuza. Satu saja nak beri tahu, catatan Etuza lahir dari hati ikhlas, tiada niat hendak menunjuk nunjuk diri atau riak dalam blog. Sekadar berkongsi ikhlas. Salam hujung minggu, jumpa lagi di lain cerita.

Gambar ini ready- Kenangan ku. Muhasabah diriku.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. terkena candid..langsung tak sedar kena gambar hehehe

    BalasPadam
  2. Gambar candid ni ada nilai tersendiri.. kdg2 klu dah lama tengok balik gambar2 candid mmg boleh tersenyum balik hehee :)

    BalasPadam
  3. Ha3 lucunya kena candid..

    Sayapun suka ambil gambar rakan secara candid tapi hantar kpd tuan empunya sbg gurauan..

    Lepas tu terus padam. .

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.