Ajarkan Anak Lelaki

Ajarkan Anak Lelaki

Ajarkan Anak Lelaki

Dulu ketika remaja memang Etuza suka gunting rambut, tetapi bila rambut Etuza agak panjang dan tidak selesa serta mulai rasa berat, Etuza akan ke kedai gunting milik apek. Apek maksudnya lelaki Cina yang sudah tua tetapi sangat mahir menggunting rambut lelaki. Kos masa remaja Etuza ialah hanya RM 3.00 kemudian RM 5.00 pada masa tahun 90an.

Bila ada anak, Etuza cuba jimatkan wang dengan menggunting rambut anak-anak lelaki Etuza. Anak lelaki ada 4 orang, tanpa sedar rupanya rambut mereka cepat panjang dan sebagai ayah memang tidak rasa selesa apabila anak lelaki berambut panjang. Masa kecil mereka boleh lah Etuza gunting sendiri. Bila sudah naik ke sekolah menengah mulai lah ajak ayah dia ni masuk kedai gunting katanya nak minta gunting supaya smart dan dapat up saiz rambut 1,2,3. Apakah benda itu. Wah! rupanya kepanjangan rambut dengan saiz pendek 3,2,1 yang bermaksud atas umpama 3 CM, tengah 2Cm dan bawah dekat telingan dan leher 1CM. Saiz 3,2,1 itu kiasan sahaja oleh lembanga sekolah mereka.

Gunting mesin rambut hadiah kepada anak yang pandai menggunting rambut.

 Klik SINI dulu atau teruskan pembacaan anda. 

Jika anda ada anak lelaki, usahlah manjakan dia, tetapi ajarkan dengan kerja-kerja lelaki agar dia lasak dan membesar sebagai lelaki yang sejati. Usah manjakan sangat jika anak lelaki. Bab mainan anak patung , alamak tidak perlu anak lelaki diberikan. Tetapi beri lah mainan kereta dan alat sukan seperti alat mainan badminton atau bola.Ajak anak main bersama, ayah jadilah kawan anak lelaki sementara anak perempuan si ibulah yang temankan dengan kerja-kerja wanita.

Alhamdulillah rupanya anak lelaki Etuza ada 4 orang 3 dari mereka rupanya suka dan pandai menggunting rambut. Ada beberapa kali Etuza minta anak gunting kan rambut Etuza. Kalau dah berumur tak smart pun tak apa, janji kepala ringan dan senang letak syampu masa cuci rambut. Jimatlah juga apabila Etuza tidak perlu ke kedai gunting  kini berlambak di Keningau. Pilih lah kedai gunting mana satu anda suka.

Anda percaya ke tidak jika di Keningau satu kepala rambut di gunting bagi lelaki kos adalah RM 10.00 semakin mahal. Masa ni anak lelaki ke tiga di UNIZA, boleh lah Etuza minta perkhidmatan menggunting rambut dengan adiknya Mustaqim. Masih dapat berjimat kan. Baiklah kepada anda yang ada anak lelaki ajarkan dia dengan apa juga kerja-kerja lelaki. Minta tidak beri mainan anak patung ya. Anak lelaki ni nak didik agak lain, kepada kaum adam yang bergelar ayah cari ilmu di google bagaimana antaranya mendidik anak lelaki. Anda belum terlambat. Bertindaklah hari ini. InshaAllah anda mampu lakukannya.

Anak lelaki ke 3 ...mirip siapa? gurau saja..

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

Perkongsian yang bermanfaat . terima kasih follow blog saya

kira bonus ni klu anak lelaki sendiri blh guntingan rambut ayahnya, lagi best bila dia minat blh guntingkan rambut adik beradiknya.... kot2 betul dh mahir blh tambahkn pendapatan ujung2 minggu kan...

Betul juga Kan.. naknkena ajar syafSlah juga ni

Beruntung ada anak mewarisi kepakaran ayahnya. Salam singgah.

Biasa potong rambut no 1
GI

terima kasih komentar anda dan kunjungan mesra anda

Mudahlah begini. Tak perlu ke kedai gunting rambut lagi.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (542) Ucapan (491) Berita (423) Doa (386) Dunia Blog (383) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (301) Anak (292) Tips Blog (291) Pendidikan (278) Nasihat (247) Pelancongan (244) Kasih sayang (241) Berita Keningau (217) Alam Semulajadi (205) Rasa Bahagia (204) Hadiah (184) Gambar (169) Keluarga (148) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (98) Percutian (88) Tentang lelaki (77) Bunga (75) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Rumah tangga (56) Tumbuhan (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (39) Haiwan (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (17) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) BRIM (1) Bunga Kertas (1) Hotel (1) Laman (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger