Simbolik Rumah Terbalik

Simbolik Rumah Terbalik
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Salam sejahtera semua, bertemu lagi di arena penulisan blog Etuza ini. Cerita Etuza hanya berkisar kepada  penemuan Etuza tentang rumah terbalik yang kami lawat hujung minggu lalu. Memang agak lama Etuza menyimpan hasrat melawat Rumah Terbalik ini.

 Kaunter Pembelian Tiket kena beratur..

Rumah Terbalik di ilham kan oleh seorang pemuda dari kalangan suku kaum Bajau.Kini amat terkenal dan setiap hari menerima pelawat dari pelusuk negara Malaysia. 

Di dalam Rumah Terbalik itu ada berbagai peralatan atau kelengkapan dalam rumah. Tetapi disusun atur semua dalam keadaan yang kemas dan teratur. Semasa melihat alat prabot dalam Rumah Terbalik ada sedikit kita rasakan pening dan kecut perut.

Sebagaimana yang diberitahu, Rumah Terbalik ini hanya sekadar memberi ingatan kepada masyarakat agar memajukan hidup dengan melihat ke hadapan secara normal dan jangan sekali-kali hidup dengan cara terbalik. Apabila kehidupan ini tidak diurus dengan betul maka tidak mustahil hidup dalam keadaan terbalik dan banyak kesukaran kita hadapi apabila hidup dalam keadaan terbalik.

 Inilah dia Rumah Terbalik,..memang di bina 
dalam keadaan terbalik
Selain dari sindiran terhadap kehidupan manusia yang dijangka akan terbalik sekiranya salah mencaturkan kehidupan, Rumah Terbalik juga memaparkan keunikan rekacipta pada seni bena rumah ini serta memperlihatkan kita pelbagai alat-alat rumah pada zaman dahulu yang disusun indah di dalam Rumah terbalik ini.

Kini Rumah Terbalik di Sabah ini, mampu menjana ekonomi hasil dari keunikan cara fikir individu yang mengilhamkan dan menzahirkan Rumah Terbalik ini. Etuza melihat aliran ekonomi di tempat ini. harga tiket dalam bentuk pakej, harga gambar photografy, harga jualan lain seperti makanan, minuman, produk kecantikan, pakaian, keychan, patung mainan dan sebagainya  adalah sumber pendapatan di Rumah Terbalik ini.

 Salah satu tempat yang menarik di luar Rumah Terbalik.. uniknya kan..

 Pintu belakang Rumah Terbalik..
Pelawat yang datang adalah dari pelbagai negeri dan dari daerah di seluruh Sabah. Mereka datang seperti Etuza secara ramai-ramai atau dalam keluarga masing-masing.  Sebaik keluar ke pintu utama Rumah Terbalik kita akan melihat gong iaitu sejenis alat muzik tradisional di Sabah. Kepada anda yang belum datang melihat Rumah Terbalik ini, sudilah datang pada masa cuti sekolah. Selamat hari raya aidil adha 2018. 
.
Lepak dulu sebelum beredar dari Rumah Terbalik

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. kenapa tak letak lebih banyak gambar dalam rumah yang terbalik?

    Saya pun rasa akan konfius bila lihat semuanya terbalik. Nasib baik tulisannya tidak di eja secara terbalik...huhu

    BalasPadam
  2. sangat beruntung juga mereka yang sanggup dan berani buat idea gila-gila suatu ketika dahulu

    BalasPadam
  3. Mmg unik.. seronok dpt bersantai keluarga melawat ke sini. In shaa Allah, ada rezeki nak juga pergi nanti.. menarik.

    BalasPadam
  4. Biar rumah itu terbalik jangan hidup kita terbalik. Betul kan cikgu...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.