Tiap Saat Doa Untuk Anak Dekat & Dikejauhan

Tiap Saat Doa Untuk Anak Dekat & Dikejauhan

Asalamualaikum & Salam Sejahtera
 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Apa khabar semua? Terasa rindu hendak mengetuk pintu maya malam ini, tidak dapat menafikan ada rasa rindu dengan sahabat bloggers di merata di Malaysia. Tanpa mereka sepi laman ini, tetapi dengan kehadiran komentar mereka serta jejak mereka membaca di laman Etuza ini, terasa tidak sepi lagi. Tetapi terjalin persaudaraan di alam maya. Semoga benar-benar terjalin persaudaraan sesama di dalam blog kecil-kecilan ini.

 Malam ini, hendak kongsikan kenangan kami di Kuantan Pahang. Bersama dua orang anak yang disayangi.Ditakdirkan Allah anak mendapat rezeki bekerja di rantau orang. Semasa menerima khabar ini, Etuza hanya mampu berdiam diri dan merasakan amat bersyukur kepada Allah yang kurniakan kita rezeki. Dalam hati Etuza ketika nanti dirantau orang, jadilah insan yang baik, menghormati orang lain dan budaya orang lain. Kerjalah dengan penuh tanggungjawab agar bertahan dalam bidang yang diceburi. Sebagai ibubapa Etuza hanya mampu berdoa di tiap saat mendoakan anak sentiasa di rahmatiNya. Dijauhkan dari pelbagai bentuk kejahatan.

Apabila lama tidak bersua dengan anak-anak semua terasa sepi, terasa sunyi sekali. Rupanya apa yang dirasai oleh ibubapa Etuza kini Etuza rasainya. Inilah realiti apabila anak-anak semakin dewasa. Mereka juga adalah generasi pelapis jentera negara. Justru itu, hanya doa setiap saat Etuza kirimkan kepada anak-anak Etuza  di mana juga berada sama ada jauh atau dekat. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak Etuza, merahmati mereka dan sentiasa lancar urusan dalam kerjaya masing-masing.

Inilah antara kenangan kami di Kuantan Pahang

Pesanan ibu ada ayah mohon anak ingat dan amalkan selalu iaitu, jaga solat lima waktu, doakan ibubapa dan adik-adik yang masih belajar. Menjaga kesihatan dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh ALLAH dan sentiasa waspada di mana juga berada. Perisai dikala jauh dengan keluarga adalah doa. Doa itu senjata bagi orang Islam yang terbaik untuk kita menyatakan kesyukuran dan meminta rahmat dariNya. 


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Rindukan anak..kirimkan lah doa untuk mereka..

    BalasPadam
  2. SBG IBUBAPA SENTIASA PERLU MENDOAKAN YG TERBAIK UTK ANAK2 KITA..WAH SUDAH JADI PERANTAU ANAK BUJANG CIKGU YA

    BalasPadam
  3. Faham perasaan Cikgu sebab sayapun ada anak diseberang lautan..

    Cuti sekolah baru dapat ketemu. .😭

    BalasPadam
  4. Saudara buat saya igtkan ibu bapa di kampung. How I miss them . Btw jom baca tips ni http://diarianggun.blogspot.com/2018/07/3-tips-pilih-serum-wajah-yang-sesuai_25.html?m=1

    BalasPadam
  5. terima kasih ya rakan blogger yang datang komen..terbaikanda bagi ku

    BalasPadam
  6. Lawati belog saya http://www.ketamkecil.com/cara-turunkan-berat-badan-dengan-selamat-melalui-program-suku-suku-separuh/

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.