Tangisan Untuk Berjaya Di Masa Depan

Tangisan Untuk Berjaya Di Masa Depan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua..

Noraliya bersama kawan-kawan tahun 6 2017
 Aliya rindu pada mereka ini..apakan daya kini berpisah..

Lulu hati melihat Alya menangis ketika kami ibubapa Alya melawat Aliya pada petang Khamis, Jumaat dan petang Ahad hari ini. Etuza tidak pernah melihat Aliya menangis sebegitu.

Seminggu kini Aliya tinggal di asrama dan belajar di SMK Agama Keningau, Sabah. Pelajar tingkatan satu yang datang dari beberapa Daerah di Sabah menjadikan Sekolah Menengah Agama ini menjadi sekolah pilihan utama yang berniat menyekolah kan anak sendiri dalam sekolah kawalan dan tinggal di asrama.

Setakat ini ada tiga kali Etuza dan isteri datang melawat Aliya. Keadaannya sama menangis sambil memeluk erat ibunya. Kedengaran suara dalam tangisannya meminta agar di bawa pulang ke rumah. Katanya tidak mahu teruskan bersekolah di sini. Bila Etuza tanya kenapa apa sebab, tidak pula jawapannya. Memang tidak dinafikan pelajar tingkatan satu yang tinggal di asrama dan pertama kali berjauhan dengan ibubapa pasti berlaku kejutan dan masih dalam tahap membiasakan diri. InshaAllah lama-lama akan betah lah Aliya dan pasti akan mendapat ramai kawan baru.

Aliya percayalah bahawa di sinilah tempatmu belajar, membentuk jati dirimu, membentuk iman dan taqwa kepadaNya. Terpelihara perlakuan dan kehidupan cara muslim muslimah, terjaga peribadi dari pengaruh yang merosakkan akidah.

Tangisan mu itu adalah tangisan untuk berjaya di masa hadapan. Tinggallah bersama kawan-kawanmu yang baru di asrama. Usaha berfikir atau mengenang kawan-kawan sedarjah enam 2017, tetapi perjuangkan usahamu dalam menuju kecintaan kepada Allah yang esa. Rebutlah peluang di sekolah menengah ini. Ayah dan ibu sentiasa akan mendoakan setiap saat dan ketika. Terima kasih kepada warden asrama puteri dan warden asrama putera yang ikhlas menjaga anak-anak kami di asrama.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. InsyaAllah, lama2 Aliya akan biasa juga. Semoga perjalanan Aliya utk menuntut ilmu dipermudahkan :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih Nurulatika Y..terima kasih sudi datang

    BalasPadam
  3. Masih baru tu,Insyaallah akan baik2 saja kelak.

    BalasPadam
  4. Ibu ayah pun kena bertabah. Mmg awal2 Gini laa dah lama nnti seronoklah tu

    BalasPadam
  5. Sayapun turut terasa sebak di hati..

    Cari ilmu, terpaksalah berpisah seketika..

    BalasPadam
  6. Insha Allah...lama lama dia okay tinggal di sekolah itu. Cuma tuan perlu selalu datang melawatnya untuk mengubat kerinduan.

    BalasPadam
  7. X pe ada peluang jumpa lg kat tempat lain

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkan semua urusan. InsyaAllah. Aamin. Awal-awal baru masuk asrama. Nanti lama2x pasti akan biasa. Huhu.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.