Minum Halia Madu Di Restoran Ansar , Keningau

Minum Halia Madu Di Restoran Ansar , Keningau
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua

Biasanya oder minuman lemon teh panas, atau paling biasa nescafe andai bertandang ke mana-mana restoran kegemaran. Selalu sangat minuman kegemaran akan jadi boring pula. Oleh itu tukar pula sesekali minuman lain. Ha inilah dia minuman yang Etuza pertama kali oder di Restoran Ansar, Keningau, Sabah.

Etuza tanya dulu ada tak minuman yang ada perasa halia dan madu. Cepatnya pelayan tu jawab " Ada Bos " sambil tersenyum. Baiklah Etuza oder minuman halia madu hari ini. Dalam minda terfikir terbayang lah bagaimana keadaan minuman halia madu di restoran ini. Kemudian datang pelayan dengan hormat meletakkan minuman segelas di meja makan kami. Terkejut nampak halia yang tak hancur kelihatan di pecahkan sahaja. Etuza bayangkan dalam minuman halia madu itu halia yang digunakan ialah serbuk halia seperti yang Etuza gunakan di rumah.

Guna halia apa ni ? Etuza bertanya. Halia orignal bos, kami guna cara ini kalau minum halia madu di sini. Jelas pelayan perempuan di Restoran Ansar. Ok lah nak cuba minum. Sementara anak dan isteri oder minuman biasa dan makan berat. Selera Etuza nak makan roti telur saja. Perut masih kenyang makan roti telur lah teman kan anak dan isteri makan.

Inilah minuman halia madu yang Etuza oder ..

Ha nampak tak roti telur tu...maaf ya jangan pula terliur. Biasa 
saja roti telur ni..Gambar the lates Etuza. dah tua dah...
 Infor munum halia madu ( baca ni )
Cerita hal minuman halia madu. Etuza rasa pekatnya aroma halia orignal dalam minuman ni. Rasa segar mulut dengan aroma halia dan madu. Tak ada gula minuman ini hanya guna madu sedikit sebab itu kelihatan pudar minuman ini. Setelah minum beberapa minit sebaik memandu kereta nak balik rumah Etuza rasa seluruh badan Etuza agak keluar rasa panas. Panas rasa pedas seluruh badan, bukan demam tetapi keluar peluh dan badan hangat sedikit. Huuu penangan halia madu lah ni. Sesekali minumlah halia madu kepada lelaki di luar sana. Rasa sihat dan seluruh dalam badan aktif. Alhamdulillah. Anda cuba lah hari ini.

bestnya makan bersama anak tersayang dan mama yang dicintai..ok jemput makan..
Selamat menjamu selera masa ini ( sarapan pagi )

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Guna halia segar lagi bagus Cikgu, original gitu..

    BalasPadam
  2. xpernah lagi minum air teh halia madu..

    BalasPadam
  3. Minuman yang bagus dan menyegarkan..

    BalasPadam
  4. GV tak pernah minum halia madu tapi ramai kata mmg bagus untuk kesihatan. Sedapnya tgk Mr Etuza roti telur tu. Huhu. Rasa lapar pula skang. huhu. :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.