Antara Impian Disember 2016 Dikabulkan
Suami Isteri Yang Bahagia ( Tetamu Istemewa Pagi 21 Dis 2016)
gambar ceria di pagi hari..
Kehadiran mereka ini memang dinanti sejak 20 Dis 2016. Kerana mereka membawa dua pasu bunga kertas idaman kami suami isteri. Jenis bunga kertas yang mereka bawa itu belum ada di laman Etuza. Sebab itu kehadiran mereka ini sangat memberikan rasa gembira di pagi 21 Dis yang lalu.
Sebagai penggemar bunga kertas serta bunga lain, pertemuan pasti banyak membicarakan hal penjagaan bunga, pembenihan bunga dan sebagainya. Tidak lari juga kami membicarakan hal pendidikan anak-anak kerana mereka berdua ini adalah pendidik ( guru ) di sekolah jiran dengan sekolah tempat Etuza bertugas. Situasi menghulur buah tangan antara kami berlaku, rupanya ada buah tangan percuma dari mereka kepada Etuza dan ada juga dari kami kepada mereka. Inilah kehebatan persahabatan yang baik sekali apabila kami semua memiliki minat yang sama iaitu menyayangi bunga kertas dan pemburu bunga kertas untuk tujuan koleksi mengindahkan halaman rumah masing-masing.
Pasangan ini membawa tiga jenis bunga kertas yang lengkap dengan nama gelaran yang sinonim dengan bunga kertas tersebut iaitu Bunga Kertas Selindang Sutera. Bunga Kertas Jenis Rambutan serta Bunga Kertas Saty. Wah alangkah gembira sekali kerana sekian lama Etuza teringin memiliki bunga kertas jenis ini untuk koleksi di laman. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat penggemar bunga Cikgu Rita Davi dan suaminya yang sangat sporting. Suatu masa Etuza akan berkunjung pula ke laman mereka yang menerusi watsupp kelihatan sangat indah dan menarik sekali. Baiklah cukup cerita ini untuk kali ini. Jumpa lagi di lain ceritara yang lebih menarik.
10 Ulasan
wow bestnya suka menanam
BalasPadambw pagi..:)
BalasPadamIni baru betul sahabat, kongsi hobi & minat yang sama
BalasPadamwah mesti happy kan dapat apa yang diidam..Mak Mertua pun suka kumpul bunga kertas
BalasPadamAlhamdulillah..berkongsi minat yang sama...syukur...bertambah meriah halaman rumah Cikgu nampaknya dengan koleksi baru bunga kertas.. :)
BalasPadamdulu mak saya suka betul tanam bunga kertas ni
BalasPadamkadang dia kawinkan pokok yang berlainan warna
hasilnya cantik snagat
sekarang tak nak runag dah nak tanam lepas pindah rumah
anywhere, done follow sini ye #429
Wah, dapatlah cikgu menambah koleksi bunga kertas di laman rumah.
BalasPadamTahniah..impian tercapai...
BalasPadamsay pun minat bunga kertas..
BalasPadamBunga kertas sangat cantik
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.