Serius Berdebar Apabila Di Pantau Ketika Dalam Tugas
Inilah 3 Pegawai dari BTPN & dari PPD Keningau datang di sekolah Etuza membuat pemantauan...serius Etuza berdebar.. |
Etuza sedang memberi maklumat tentang pengurusan PSS berkaitan dengan Radio Off Air..alhamdulillah apa yang di tanya ada di buat di sekolah Etuza..serius berdebar... |
Anda semua nampak gambar kehadiran 3 pegawai memantau sekolah tempat Etuza bertugas hari ini, khasnya pemantauan tentang PSS dan Makmal ICT. 2 pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah dan satu wakil Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Keningau.
Sebut BTPN memang akan pantau PSS dan makmal ICT.Namun Etuza difahamkan bahawa pemantauan dibuat secara menyeluruh. Dan sebagai orang yang diharapkan mengurus PSS Etuza katakan serius Etuza berdebar-debar. Etuza berdebar apabila akan di ajukan soalan seperti satu penyiasatan. Etuza mencari apakah soalan yang akan diajukan. Pengurusan PSS, projek, NILAM, IQPSS, Takwim PSS, Tugasan GPM, Pengkatalogan Buku Rujukan & Bahan Bacaan serta pengurusan 15 fail utama PSS> Berlegar dalam minda, pasti ada antara ini yang di tanya.
Bijak betul lah Pegawai pemantau ini. Soalan yang tiada di minda Etuza ditanya berkali-kali. Mana, apa bukti, letak mana, ada tak direkod, ada tak guru guna, lepas tu guru guna ada tak di rekod peminjaman bahan dan dikembalikan. Apa komen guru-guru lain, apa kelemahan dan kelebihannya bahan tersebut. baiklah soalan yang diajukan ialah tentang RADIO OFF AIR. Berkaitan dengan penggunaan CD ROM dan MBI BM. Ya Allah tidak terfikir itu soalan utama. Berkisar itu, sebab pegawai melihat aspek pengurusan sudah ok. Maka dicari soalan lain. Terkena juga Etuza. Sebab almari kaca berkunci dan semua CD ROM, DVD ada dalam almari kaca tetapi kunci tersorok di mana Etuza gelabah cari. Akhirnya tunjuk dalam almari kaca dan dilihat oleh Guru ICT sekolah.
Siap pemantauan Etuza di arah copy apa juga maklumat yang mereka ambil sebagai salinan fail PSS. Begitulah secara ringkas debaran Etuza hari ini. Serius ada debaran kali ini apabila di pantau PSS dan Makmal ICT.
Sembang para pegawai dari BTPN Sabah....mereka balik dan ucapkan TAHNIAH kepada pihak sekolah.. |
Ambil gambar kenangan ..Terima Kasih kunjungan pemantauan di PSS dan ICT sekolah..pada 6hb jan 2016 |
Cikgu Jeramah AK R..sempat ambil gambar bersama 3 pegawai yang datang memantau sekolah hari ini... |
11 Ulasan
Alhamdulillah...dah selesai mesti legakan cikgu..
BalasPadamASSALAM WALAU DIPANTAU TUGASAN TAPI CIKGU MAMPU BERI KOMITMENT TERBAIK OK SGT TU...
BalasPadamAlhamdulillah selesai sudah
BalasPadamMau tak berdebar cikgu, kena soal siasat cenggitu hihi...
BalasPadamNasib semuanya in order ye cikgu, lega rasa hati tu
AlAlhamdulill.. Lega.. Hihi
BalasPadammahu tak berdebar kan cikgu.... Tapi semuanya baikkan... tahniah,,, :D
BalasPadammemang agak berdebar bila keje kena pantau.
BalasPadamkalau kita pun berdebar juga..hehe
BalasPadamAlhamdulillah dan tahniah cikgu
BalasPadamMemang berdebar bila dipantau..hehe
BalasPadamAlhamdulillah bjalan lancar
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.