Imbasan Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 2016 Di SMK Agama, Keningau, Sabah

Imbasan Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 2016 Di SMK Agama, Keningau, Sabah

Barisan Pentadbir utama bersama Pengetua Ustaz Haidon Sapri
berdiri semasa pelajar membaca akad pelajar baru tingkatan 4 2016
di SMK Agama Keningau, Sabah pada 11hb Jan 2016
Asalamualaikum semua..

Tingkatan 4, 2016 bersama pelajar baru pada 11hb Jan 2016, di SMK Agama, Keningau, Sabah telah selesai mendaftar seawal jam 8 pagi. Dalam ucapan Tuan Pengetua Ustaz Haidun Sapri, berkata terdapat lebih kurang 80 pelajar lama dan baru telah didaftarkan bersekolah dalam aliran agama di tingkatan 4 tahun 2016.

Tuan Pengetua juga mmeberitahu dalam ucapannya bahawa terdapat pelajar baru tingkatan 4 dari SMK Agama Umas- Umas dari  Tawau, Sabah, dari Nabawan dan dari sekitar Keningau dan Tambunan. Dalam ucapan pengetua, pelajar tingkatan 4 disifatkan sebagai leader baru menggantikan kepimpinan tingkatan 5. Kerana kata tuan pengetua, pelajar tingkatan 5 kurang ditekankan pemberian tugasan berat kerana mereka akan di beri jadual padat kelas persediaan SPM 2016. Dengan itu sebagai pemimpin utama SMK Agama di kalangan pelajar adalah dari  pelajar tingkatan 4 bagi membantu guru-guru di SMK Agama dalam meningkatkan disiplin dan kecemerlangan sekolah.

Anak Etuza juga turut daftar ke tingkatan 4 dalam kelas 4 Sains. Semoga dengan dunia persekolahan dan kelas yang baru anak Etuza yang Etuza beri nama Afif akan dapat menerima kelas aliran Sains dengan gembira dan menumpukan perhatian ketika guru mengajar dalam kelas. Selain itu semoga anakanda Afif dapat menerima pelajaran dengan mudah dan rajin mengulangkaji pelajaran tingkatan 4 2016.Sebaik akad dibaca yang diketuai oleh anak Tuan Pengetua bernama Akmal Hadi, maka ramai kawan sekelas Afif yang kini Etuza kenali kerana mereka datang menghulur salam hormat kepada Etuza.

Pelajar tingkatan 4 sedang membacakan Ikral Akad
atau aku janji pelajar tahun 2016 di SMK Agama Keningau, Sabah

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. teringat pula zaman sekolah bila tengok diorang berikrar :)

    BalasPadam
  2. moga Afif istiqhomah dalam menuntut ilmu ya..fokus..ingat mak ayah..

    BalasPadam
  3. Semangat tahun baru, azam baru :)

    BalasPadam
  4. Tiba2 teringat gambar Alya terperam dalam memori semasa hari pendaftaran dia.

    Sibuk sikit, x sempat nak buka blog (alasannnnnnnnnnnnn....)

    BalasPadam
  5. Azam tahun baru, berikan tumpuan kepada pembelajaran Alya.. (bukan hangat2 tahi ayam ke UA ni...hi3)

    BalasPadam
  6. semoga perjalanan afif menuntut ilmu dipermudahkan oleh Allah..

    BalasPadam
  7. Semoga afif dipermudahkan dan hatinya terang untuk menimba ilmu..amin

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.