Sahkan Maklumat Sebelum Sebar Di Media Sosial Baru Blogger Profesional
Gambar sebenarnya sekadar hiasan berdasarkan entri.. |
Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua.
Hari ini, pada siaran di TV pada awal pagi hari ini sebelum ke bandar Keningau, Etuza sempat menonton rancangan yang di hoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi. Rancangan itu satu program khas Aznil datang terus ke rumah kediaman Datuk Jnis Shamsuddin membuat liputan mengenai pelakon lama ini.
Menurut Datuk Aznil, maklumat yang mengatakan tersebar meluas hal Datuk Jnis Shamsuddin telah meninggal dunia adalah tidak betul.Buktinya ialah Aznil sedang berada di rumah Datuk Sri Jnis Shamsuddin dan keluarganya. Tengoklah apa yang telah berlaku, memang bahaya sangat sebarkan berita palsu, berita yang belum sah benar atau tidak.
Ada berbagai berita yang belum pasti, sebenarnya diviralkan di laman sosial. Soalnya siapakah yang gemar ya sebarkan maklumat palsu ini. Malu juga kita sebagai blogger biasa yang memang salurkan berita sebenar hasil dari dapatan sendiri di tempat tertentu atau perkara yang berkisar kejayaan atau anugerah dan sebagainya dalam blog kesayangan Etuza ini. Siapa yang malu sekarang apabila di andaikan 75 % dalam medan sosial adalah maklumat yang tidak betul. Alahai jadi 35 % sahaja ke berita yang betul di laman sosial.( Sumber Berita Harian bertarikh 28 Dis 2015, muka surat 14) Malu rasanya kita agen maklumat dalam arena blog terbaca dalam berita atau akhbar baru-baru ini.Hentikanlah penyebaran maklumat salah dalam media sosial ini. Malu sangat rasanya, bila kedapatan laman sosial yang sebar maklumat tidak benar.
Entahlah pula jika buat berita palsu, lepas tu di viraliseme dalam whatssup , facebook, di blog atau di Instagram. Selepas diketahui umum beritu itu palsu individu itu jadi seronok pula. Halamak! buat kita risau lah jika demikian kan.
Hentikan Berita Palsu
Hentikan berita palsu, kerana berita palsu yang di muatkan dalam sosial hanya akan memburukkan keadaan. Selain..
1. Ramai masyarakat tertipu,
2. Menyebabkan jika kedapatan individu itu boleh disaman oleh pihak tertentu.
3. Jika dibuat secara sengaja pasti dapat hukum dosa.
4. Menghuru harakan negara - kes begini lagi berat. Bahaya sangat.
5. Mengakibatkan pergaduhan.
6. Individu itu di benci.
Marilah memurnikan laman sosial dengan sebarkan berita yang sah atau berita-berita sebenarnya. Jika hendak dapatkan status terkenal di laman sosial bukan dengan cara sebarkan berita palsu atau berita yang tidak benar. Pastikan sah maklumat sebelum sebar di media sosial. Pasti bahagia menjadi blogger atau apa wartawan, baru anda layak digelar blogger profesional.
9 Ulasan
Sangat berguna perkongsian cikgu nhe :)
BalasPadamMesti kena betul betul tahu benda yang dikongsikan itu betul atau palsu barulah kongsi
BalasPadamBlogger sepatutnya lebih bijak berbanding Netizen yang lain...so jangan mudah percaya dan terpedaya
BalasPadamMmg patut pun...ni tak,terus viralkan sesuatu berita tu...kalau berita tu salah kesian yg jd mangsa..bertambah dosa kita..hihihi
BalasPadamSalam cikgu saya setuju dengan cikgu berita berita palsu bukan sahaja memudaratkan pembaca malah mengguris hati pihak keluar yang terlibat.
BalasPadamSetuju dengan Cikgu. Jangan begitu mudah untuk menyiarkan berita palsu.
BalasPadambetul tu jika kita kurang pasti, jangan disebarkan berita yang mungkin menyebabkan kesusahan buat orang lain
BalasPadambetul tu che gu. kita sepatutnya membekalkan bahan yang bermanfaat. bukannya sebarkan berita palsu @ fitnah jahat.
BalasPadamEtuza terkena tular berita palsu minggu lalu..malu den
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.