Berdoalah Mohonlah Yang Baik Kepada Allah Apabila Mendengar Ayam
Jantan Berkokok Bersahutan.
![]() |
Ayam Jantan Cantik daripada Google |
Ayam Berkoko Di Tengah malam ( Mizz Aiza ) sila klik bacanya
Mistik Ke - Ayam Berkokok Waktu Malam - Cikgu Zamhttp://cheguzam.blogspot.my/2014/04/ayam-berkokok-tengah-malam-mistik-ke.html
Asalamualaikum...salam hari Jumaat Penghulu segala hari.Diharapkan sihat sejahtera semua. Dan Selamat menunaikan ibadah solat subuh hari.
Semalam lewat jam 11 lebih malam, baru Etuza menunaikan solat Ishak. Pada awalnya menonoton TV rancangan berita yang disampaikan oleh pemberita. Etuza amat ngeri dan merasakan sangat tidak masuk akal apabila terdapat berita yang berlaku di seberang sana " Bayi baru lahir dimasukkan ke dalam mesin basuh" Ya Robbi. Siapakah gerangan wanita itu yang beranak senyap-senyap lalu membuang bayi tidak berdosa itu ke dalam mesin basuh. Syukur ke hadrat Alla ada seorang Pakcik menemukan bayi dalam mesin basuh milik di rumahnya.
Etuza langsungkan aktiviti berblogging, sempatlah singgah diblog kegemaran dan terasa amat besar hati hendak terjah semua teman maya yang Etuza kasihi.Ramai blogger menjadi idamanku kesayangan Etuza. Semuanya baik hati.
"Tapi Etuza akan terjah lagi mengikut giliran dan teman blogger usah risau Etuza pasti datang membaca catatan blog anda" Kemudian updated kan blog setelah selesai naik ke atas selepas ambil wuduk untuk solat ishak. Ya Allah ampuni Etuza agak terlewat berbicara denganMu melalui Solat Kewajiban Lelaki.namun banyak hikmahnya solat malam.Antaranya:-
1. Lebih khyusuk kerana suasana sunyi sepi
2. Lebih dalam ingatan kepadaNya.
Luar Biasa Dari Biasa Semalam Etuza Mendengar Ayam Berkokok Banyak Kali.
1. Ekoran dari mendengar ayam jantan berkokok Etuza segera buat kajian pada awal pagi subuh.
2. Nampaknya Etuza menemukan jawapan dan mari kita mendalami lagi pembacaan pada 4 url laman sosial termasuk blog Mizz Aiza ada menyatakan hal ayam jantan berkokok waktu tengah malam kenapa?
3. Ambillah hikmah. Sungguh Allah itu maha mengetahui sedang kita terlalu keterbatasan. InshaAllah kehidupan lebih tenang dan aman dengan harap redhaNya.
Teruskan perjuangan kehidupan ini adalah sementara dan dunia ini bagaikan pentas percaturan hidup. Allahu Akbar.
32 Ulasan
Sama sama kita mengambil ibrah dari setiap kejadian.
BalasPadamSerahkan padaNya berdoa dan berdoa kan ..tiap sesuatu mesti ada sebab
Padamkami yang tinggal d bandar ni susah nak dengar ayam berkokok..tak kira malam ke siang ke.bila balik kg.sesekali dengar ayam berkokok terasa merdu pulak mendengarnya..hihihi
BalasPadamEtuza tak nafikan agak jarang mendengar ayam berkokok, semalam amat jelas sekali...atau mungkin nampak cahaya dari jauh di balik pepohon tingkat atas rumah Etuza pasang lampu. Betul Etuza ada pelihara ayam..tetapi Etuza bagi balik kepada ayah mentua kerana rumah selalu ditinggalkan pergi kerja..bila siang hari ..kelihatan ayam semakin berkurangan ..Etuza agak ada ular datang makan ayam tu..entahlah...tak pasti..ayam berkokok semalam ayam peliharaan ipar yang 200 meter jauh dari rumah Etuza...pepohon getah dan buah2an memisahkan rumah kami..
PadamEtuza tak nafikan agak jarang mendengar ayam berkokok, semalam amat jelas sekali...atau mungkin nampak cahaya dari jauh di balik pepohon tingkat atas rumah Etuza pasang lampu. Betul Etuza ada pelihara ayam..tetapi Etuza bagi balik kepada ayah mentua kerana rumah selalu ditinggalkan pergi kerja..bila siang hari ..kelihatan ayam semakin berkurangan ..Etuza agak ada ular datang makan ayam tu..entahlah...tak pasti..ayam berkokok semalam ayam peliharaan ipar yang 200 meter jauh dari rumah Etuza...pepohon getah dan buah2an memisahkan rumah kami..
Padamcikgu..."Perihal Ayam Berkokok di Tengah Malam" :p
BalasPadamSorry JM dalam keadaan mengejar masa rupanya inilah kualiti blog. Banyak ejaan salah..sungguh maafkan Etuza, kepada semua maafkan etuza..
Padambukan ke ayam jantan berkokok maksudnya sudah menjelang subuh...cara nak kejutkan orang bangun...
BalasPadamBiasanya begitu lah JM kalau yang jam 4 pagi hingga ke enam pagi. Ini tengah malam ..pasti ada sesuatu tu...hanya Allah yang maha tu kan. serahkan padaNya. amin
Padambest kalau tggal di kg leh dgr ayam berkokok..bagi yg tggal d bandar ni dengar org berdengkur je lah hihih
BalasPadamhaha...apakan daya ya JM..memang JM ni membesar di bandar...apapun mana2 tempat kita tinggal hanya satu ya JM ingat kebesaran Allah...InshaAllah
Padamsolat isyak!!! hihihih...ye seorang wanita yang sudah bersuami dan mempunyai anak telah melahirkan bayi bukan milik suami nya...lelaki tua yang menjumpai nya itu adalah datuk kepada bayi tersebut...ya Allah dunia akhir zaman
BalasPadamYa JM..harap tak amalkan lewat solat isyak ya..walau masa solat ishak ni panjang hingga ke pagi. Mohn ya Allah ampuni Etuza...
Padamselamat pagi jumaat cikgu Etuza
BalasPadamSalam Jumaat cikgu..bila balik kampung kerap juga dengar ayam berkokok waktu malam..subhanallah.
BalasPadamInshaAllah ya PC..
PadamSetuju tu Etuza..semua hanya Allah sahaja yang mengetahui..
BalasPadamTerima kasih ya Cikpinz
PadamASSALAM...DI KAMPUNG KAK SELALU JUGA AYAM BERKOKOK TENGGAH MALAM MENYAHUT KOKOKAN AYAM HUTAN YG BANYAK DLM KEBUN SAWIT YG LUAS KAT BELAKANG RUMAH KAK...MOGA DIJAUHI ALLH DRPD SEBARANG PETANDA YG XDIINGINI..
BalasPadamTerima kasih ingatan PI ya. Amin
PadamKesian kan pada baby tak brrdosa tu...tapi kita tak dpt nk menghakimi si ibu ..mungkin dia ada tekann mental.
BalasPadamTak pernah dengar lagi ayam berkokok malam...kalau 1atau 2 pagi ada lh.
Saniah..betul jam 12.00 tengah malam, tu sebab buat kajian tu. Kata ada malaikat turun ke bumi. Serahkan pada Allah. Ayam jantan berkokok jam 1 atau 2 tupun agak pelik tau Saniah..kena berdoa mohon dijauhi segala kejahatan kan. InshaAllah
Padamsetiap yang berlaku berlandas pada hukum alam sebab dan akibat, salam Jumaat Etuza :)
BalasPadamKAT BANDAR NI XDE DGR AYAM BERKOKOK CIKGU
BalasPadamEna tak dinafikan ya..kalau kotaraya sampai ke pagi hiruk pikok kan
PadamKata orang kalau ayam jantan berkokok di malam hari...
BalasPadamJAGA JAGA ADA YANG MEMERHATI..
Iryanty yg paling nyata semoga Allah perhatikan kita kan. Mohonlah dijauhi segala kejahatan. Ada hujah kata malaikat turun ke Bumi memantau umat Nabi Allah muhammad.
Padamterima kasih ya dah terjah dan ikuti blog walking pun ada..
BalasPadamjarang2 dengar ayam berkokok malam2.
BalasPadamSetiap yang Allah swt ciptakan pasti ada hikmahnya..
BalasPadamSaya pernah baca entri ini tapi tak sempat nak tinggalkan komen..
BalasPadamAgak lama tak dengar ayam berkokok..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.