Pantun Melayu Kiasan Kata Yang Tersurat

Pantun Nasihat
 Pantun Melayu

Selamat malam, apa khabar hari ini? Sudah dinner  ke atau tengah online dan meneruskan blogwalking anda. Apa juga aktiviti anda ketika ini pastikan keselamatan dalam rumah, agar tidak berlaku insiden yang kita tidak ingini. Etuza ingat di Daerah Keningau sejak akhir-akhir ini sering berlaku gangguan kuasa elektrik tanpa mengira waktu. Bagi orang kebanyakan penggunaan lilin harus dipastikan agar di tegakkan pada alat yang tidak mudah terbakar seperti botol kaca yang hendak di buang. ( Sempat menasihati pada diri sendiri dan orang lain yang suka kan nasihat ).

Pantun empat rangkap ini adalah ciptaan agak tergesa-gesar dari Etuza. Tergesa - gesa untuk terbitkan apabila line internet tidak lancar serta sangat memakan masa yang lama untuk menunggu loading internet. Dengan itu pantun ini agak tergesa - gesa di terbitkan. Pantun ini bukan Etuza tujukan kepada individu tertentu tetapi Etuza zahirkan diblog untuk tatapan semua untuk di baca dan dihayati. 

Tiada kaitan dengan sesiapa sahaja melainkan kita sekadar bermain kata madah, kata kiasa Pantun Melayu dan ingin menyampaikan satu unsur nasihat dalam Pantun Melayu itu.

Etuza mohon agar ada blogger yang membetulkan kesilapan dalam Pantun Melayu Etuza itu. Mohan agar dapat dimurnikan. Terutama Blogger Paridah.

Kepada blogger Iryanty Ahmad pemilik blog Belajar Untuk Sabar serta teman bloggers dan reader yang lain jemput baca penjelasan Etuza tentang makna pantun Etuza. Mohon kepada yang arif dapat dimurnikan untuk kita berikan frasa Pantun Melayu Etuza lebih manis dibaca.

Pandang Usah Rambang mata
Pilihlah Satu Sebagai Teman Ceriakan Hidupmu
Pandang Usah Rambang Mata
Jika tersalah Pilih Merana Hidupmu

Pantun Dari Blogger Paridah
* Hati Resah tidak terkata
*Rasa kasih ingin bertemu
* Pandang usah rambang mata
*Tersalah pilih merana hidupmu

( Pantun ini, bermaksud kita sebagai manusia usah terlalu rambang mata, apa dilihat semua suka dan akan mengambil atau membelinya tanpa sedar kita sudah habis duit dalam saku. Kalau dalam konsep mencari JODOH kita sebaiknya memilih satu diantara ramai pilihan. Pilih lah yang benar-benar kita berkenan dan serasi dan akan bahagia. Tetapi jika kita rambang mata, sekejap mahu dia, kemudian esok lusa mahu yang baru dijumpai, maka kita akan merana dan menderita akibat kita tersalah pilih, kerana hakikat sebenar kita dibezakan oleh sikap, iman dan keikhlasan )

Bunga Di Laman Indah Berseri
Menarik Sekali Bunga Baiduri
Usah Di Pandang Pada Yang Satu
Masih Ada Ruang Memilih Yang Satu

Pantun Dari Blogger Paridah 
* Bunga di laman indah berseri
* Cantiknya bunga intan baiduri
* Pilihlah yeman sebagai suri
* Sentiasa bersama menanti hari.

( Pantun ini, jika sekali baca memnag kurang difahami. Etuza maksudkan pantun ini iaitu, walaupun kita diminta memilih hanya satu yang terbaik tetapi kita harus akur masih ada peluang untuk kita membuat pilihan yang lain dengan cara terhormat. Kadang kala kita diuji memilih yang satu dengan lebih istiqomah bahawa ada yang lebih terbaik sebenarnya diantara banyak tetapi memerlukan kita bersabar usaha dan tawakal, pasti akan menemui yang satu jadi pilihan)


Pergi Ke Kebun Memetik Si Buah Cempedak
Buah Pilihan Yang Masak Ranum 
Bila Memilih Pilihalah Hati Yang Molek
Iman dan Taqwa Bersama Di Sulam

PantunDari Blogger Paridah
* Pergi ke kebun petik cempedak
* Buah dipilih masak penganan
* Hati diruntun hajat kehendak
* Yang dikasihi taqwa beriman

( Sebagai panduan untuk memilih pasangan hidup kita harus membuat perkiraan tentang keikhlasan hati kejujuran dan kasih sayang insan itu kepada kita. Tidak dinafikan bahawa ramai dikalangan lelaki mahupun wanita inginkan pasangan hidup yang terdiri dari insan yang kamil dan beriman kepadaNya. Pasti kehidupan dan kerukunan rumah tangga itu pasti akan kukuh dan sepanjang zaman)

Ucapan kepada blogger Paridah & Blogger Iryanty Ahmad

Etuza ucapkan  terima kasih banyak-banyak kepada blogger Paridah kerana membetulkan pembayang dan maksud yang lebih jelas kepada pantun Etuza yang asal. Etuza memohon maaf kepada blogger Iryanty Ahmad yang memberitahu Etuza tentang pantun karya Etuza ada sesuatu yang pelik katanya. Etuza sangat gembira menerima pandangan dari mereka, begitu juga JM. Sejujurnya Etuza semalam mahu terbitkan cepat hal entri bunga baiduri. Bila Etuza lihat kuntuman bunga itu kelihatan berwarna - warni maka Etuza terfikir membuat pantun.( Pantun tergesa-gesa) Nampaknya hari ini Etuza mendapat satu ilmu dari otai pantun dari blogger Paridah. Diharap blogger Iryantu Ahmad kini lebih faham pantun yang telah dimurnikan oleh blogger Paridah. Etuza memohon maaf atas kelemahan Pantun Melayu Etuza. Subahanallah.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. kalau ada banyak pilihan untuk di pilih biasa JM akan solat istikhoroh terutama bab pilih kerja atau buntu utk buat pilihan tetapi bab jodoh? sorang pun x de mcm mana nak pilih heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM - InshaAllah tiap insan lelaki dan wanita telah ditetapkan olehNya , bila dan waktu bila tu Allah yang lebih tahu ya. Semoga Jm akan menemui insan yang dapat melindungi JM . Teruskan berdoa kepadaNya usah putus asa..

      Padam
    2. semoga dipermudahka buat sis JM

      Padam
  2. pergi ke kebun memetik cempedak? bukan cempedak x boleh petik ke...heeee....saje nyakat cikgu Etuza

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap maknanya sama kan JM.memetik tu perbuatan akan memetik cempedak... Petik cempedak boleh juga .cempedak di sana buat cokodok kan..hehehe

      Padam
    2. harap maknanya sama kan JM.memetik tu perbuatan akan memetik cempedak... Petik cempedak boleh juga .cempedak di sana buat cokodok kan..hehehe

      Padam
    3. kat sini buat cempedak goreng x pernah plak buat cokodok hehehe

      Padam
  3. assalam pantun melayu ni ada formatnya tersendiri cikgu .. ada dua baris utk pembayang n dua baris utk maksud...kak pun xpandai sangat tapi setakat nak tolong edit sikit2 boleh jer heh..heh..

    Hati resah tidak terkata
    rasa kasih ingin bertemu
    Pandang usah rambang mata
    tersalah pilih merana hidupmu

    Bunga di laman indah berseri
    cantiknya bunga intan baiduri
    pilihlah teman sebagai suri
    sentiasa bersama meniti hari

    Pergi ke kebun petik cempedak
    buah dipilih masak penganan
    Hati diruntun hajat kehendak
    yang dikasih taqwa beriman

    harap cikgu puashati dgn pantun segera kak ni..sebenarnya xder ilham nk murnikan pantun2 cikgu tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam PI..ooo ya baru sedar..memang ada pembayang dan maksud. Subahanallah ..nilah pantun yang hebat dari otai Pantun PI, terima kasih banyak2 ada pemurniaan. Sedap baca. terima kasih ya PI. Harap blogger Iryanti dapat rasa pantun hebat PI ini ya.

      Mentari pagi bersinar indah
      Memancarkan cahaya menerangi bumi
      Pantun Paridah semuanya indah
      Jasa Paridah kami hargai
      ( betul kah pantun ni...)

      Padam
  4. Maaf ye cikgu....yan bukan pelik apa cikgu..sebab biasanya pantun kan hujung nya bunyi sama...pantun cikgu bunyinya lain..maaf sekali lagi cikgu..maaf sangat2

    BalasPadam
  5. Kak paridah punya pantun dapat yan rasa ....maaf ye cikgu...yan Dah faham pantun cikgu...

    BalasPadam
  6. Betul tu kata kak paridah..pantun ada pembayang dan maksud..sebab tu yan pelik baca pantun cikgu..hujungnya tak kena...maaf ye cikgu

    BalasPadam
  7. pandai cikgu etuza berpantun. arz tak mahir

    BalasPadam
  8. tksh cikgu..kak rasa sebenarnya cikgu saja jer kata xreti berpantun tu...kak tengok molek jer indah pantun cikgu yg ditulis tu...berpantun sesuka rasa jer cikgu ..bermain bahasa menghibur duka..

    BalasPadam
  9. Warisan melayu penuh dengan keunikan tersendiri. salah satunya pantun.. seronok sebenarnya bila tengok ada pertandingan berbalas pantun secara spontan, itu menunjukkan kreativiti seseorang.. saya tak pandai lar nak berpantun. kalau nak reka, sebulan baru siap satu pantun..

    BalasPadam
  10. waaa....berpantun kita...sy pun xreti sgt berpantun...stakat utk kegunaan sndiri jer...hihihi

    BalasPadam
  11. sungguh mendayu sayang berlagu
    alunan suara penuh memikat
    sungguh melayu memang begitu
    kaya bahasa penuh tersirat

    BalasPadam
  12. dah lama tidak berpantun sejak meninggalkan zaman persekolahan. Indah budaya kita. Harap kita dapat mempertahankan budaya bangsa dari ditelan zaman.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.