Apakah Teknik Mudah Blogger Agar Blog Ramai Pengunjung.


Tentu sahaja ramai bloggers yang mahukan atau impikan blog dikunjungi ramai orang. Apabila ramai pengunjung maka rangking blog kita di carian search google akan sentiasa di atas. Bermaksud juga blog anda dalam keadaan mendapat peratusan tertinggi dalam paparan halaman harian atau pun sepanjang masa dalam internet jaringan maya sosial. Terasa tiada siapa yang mahu blog kesayangan kita itu tidak langsung di klik dengan erti kata lain tidak tampil seorang pun yang datang membaca paparan blog anda.

Blog kita sebenarnya telah disediakan domind segala alat pengukur yang hanya kita sahaja sepatutnya memeriksa sendiri melalui papan pemuka akaun blog anda. Dengan tindakan rajin melihat item carian jumlah pengunjung, paparan halaman, analisis google dan sebagainya itu pasti kita ketahui prestasi blog peribadi kita.

Untuk menjadikan blog ramai pengunjung bukanlah sesuatu yang mudah seperti makan kacang sahaja. Tetapi perlu banyak usaha dan tidak putus asa menampilkan blog lebih mesra maya. Antara tips yang mudah untuk menaikkan jumlah pengunjung blog anda ialah seperti berikut.

1. Tulisan artikal yang berkualiti. Original paparan sendiri dengan kretiviti sendiri. Tulisan copy paste dikatakan sangat merbahaya kerana mengakibatkan blog kita tidak bermoral atas cubaan mencedok artikal blogger lain. Tulisan mesti mudah difahami, mampu memberi kepuasan kepada pembaca dan adanya usaha menyelesaikan masalah pembaca. Seperti tulisan kita telah menjadi rujukan kepada pembaca.

2. Perlu ada tema atau tajuk utama artikal. Dengan tajuk utama artikal maka pembaca akan mempercepatkan kefahaman terhadap maksud dan tujuan catatan kita pada hari itu.Adanya tajuk yang menarik akan menjadikan pembaca akan membaca catatan anda dari mula hingga habis dan itu sudah satu kejayaan blog kita.

3.Bersedia berkomentar dalam blog anda. Pengunjung yang biasa dengan blog kita akan meletakkan komentar mereka maka kita harus bersedia membaca komen dari pembaca blog kita.Blog yang paling banyak mendapat komentar di kira blog yang berjaya merai pengunjung yang ramai dan blog anda diminati oleh pembaca.

4. Perbanyakkan artikal terkini, menarik dan segar dengan informasi menarik hasil dari daya imaginasi anda sebagai blogger. Mempamerkan bahawa blog anda tidak tersorot ke dalam search google.

5. Blog ramai pengunjung juga pada blog anda apabila anda seorang yang kreatif dari segi daya berfikir. Tinggi imaginasi yang membawa banyak manfaat kepada pembaca maya.

Jika di lihat di laman sosial terlalu banyak teknik yang dikatakan akan mampu blog kita dikunjungi ramai orang. Termasuk teknik SEO anda sebagai blogger, penggunaan templete dan sebagainya adalah antara yang menjadikan blog tampil segar dengan pengunjung yang ramai. Tetapi secara asasnya Etuza pilih 5 tips mudah untuk kita lakukan blog kita naik ke atas rangking search google yang kita inginkan. Sila manfaatkan informasi hasil kajian Etuza hari ini tentang Teknik Agar Blog Ramai Pengunjung.

Mendidik Remaja Membentuk Masa Depan Gemilang - Sila baca juga ini.