Kelebihan Komen Dalam Blog Anda


       Blog Etuza kali ini memperkatakan tentang komentar dalam blog milik kita sendiri. Perlukah komen anda itu atau sebaliknya. Kemungkinan ada keperluan atau sebaliknya, bersama kita utarakan pendirian masing-masing. Adakah kelebihan pada komentar tersebut. Adakah kesan baik terhadapa prestasi blog atau bagaimana agaknya pada tanggapan anda.

Terdapat dua situasi atau pendapat blogger yang Etuza kira akan berlaku terhadap anggapan hal komentar dalam blog iaitu:-

1. Sekumpulan bloggers yang mahu, perlu dan memerlukan komentar dalam blog mereka.

2. Dan sekumpulan lagi bloggers yang tidak perlu, tidak apa dan tidak kisah jika tiada lontaran komentar dalam blog mereka. 

Etuza kira tiap blogger ada niat untuk berblogging di talian maya, ada visi dan misi sendiri. Dan niat yang paling ketara ialah niat hendak menulis hendak berinformasi. Seterusnya Etuza agak kumpulan 1 iaitu yang mahu, yang perlu dan memerlukan komentar dalam blog mempunyai mojariti ahli dari kalangan bloggers kumpulan kedua yang Etuza nyatakan iaitu bloggers yang tidak kisah, tidak perlu dan tidak apa walau tiada komentar dalam blog milik mereka tetapi tetap terkenal blog yang dimiliki. Tanyalah diri anda berada di kumpulan mana.

Pendapat Blogger Etuza tentang komentar dalam blog.

1. Blog kita seolah berkomunikasi antara dua hala secara sihat. 
2. Blog kita akan memiliki sejumlah sahabat maya, sahabat bloggers yang terjalin persaudaraan sesama dalam masyarakat Malaysia.
3. Blog akan menjadi maju dengan komen membina, ada peningkatan ilmu dan bloggers merasa lebih yakin menghadapi pujian dan kritikan dalam komentar.
4. Bloggers dan blog menjadi lebih mesra.
5. Bloggers akan lebih tahu dan yakin bahawa tiap kali online ada kawan bloggers lain sedang berbual. Seolah wajah tiada nampak tetapi ada komentar menghubungi.
6. Komentar akan menaikkan rangking blog dalam SEO Google tiap hari.
7. Klik blog bloggers lain akan menghadiahkan kewangan menerusi syarikat pengiklanan.
8. Bisnes maju apabila ada komunikasi seperti komentar dalam blog.
9. Bolggers saling bertukar ilmu pengetahuan yang baru. 
10. Dengan komentar kita ada kalanya mendapat hadiah dan itu rezeki kita yang tidak terjangka dalam usaha kita berblogging.
11. Bloggers merasa lebih seronok dan tidak bosan berblog dengan kehadiran komentar anda.

Dengan itu komen lah di blog saudara blogger lain. Komen dengan ikhlas bukan memaksa diri. Perlu komen letakkan komen anda. Jika tidak perlu memadailah dengan membaca paparan blog saudara blogger lain. Itu pendapat Etuza. Anda ada cadangan lain sila nyatakan dalam ruang komentar blog Etuza ini.