Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sedekah Memanjangkan Umur

     Fadilat seterusnya tentang amalan sedekah jariah yang kita amalkan ialah antaranya ialah Memaanjangkan Umur. Tidak ada seorangpun yang mengetahui ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui bagaimana ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan sahaja akan memanjangkan umur, melainkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik ( Husnul Khotimah)


Bukankah sedekah akan mengundang cinta Allah?.Apabila seseorang sudah dicintai oleh Allah,maka tidak ada satu doa pun yang tidak dikabulkannya dan tidak ada satu dosapun yang tidak diampunkannya.

Mudah - mudahan Allah berkenan memanjangkan umur kita dengan berkat sedekah yang kita lakukan, sehingga kita berkesempatan mengejar keampunan Allah. Satu perkongsian tentang hikmah dan fadilat yang tersembunyi dalam amalan kita berkenaan sedekah. Ajaibnay sedekah hebatnya sedekah jariah kita hingga mampu memanjangkan umur kita di Dunia dengan izin Allah.