Alhamdulillah Selamat Sampai Di Sabah
Menyambut ketibaan anak sulung dari Mesir.
Alhamdulillah Selamat Tiba Di Sabah
    Katanya 13 jam penerbangan dari Mesir ke Malaysia. Alhamdulillah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Sabah tepat jam 9.40 minit malam hari ini.Menunggu dari jam 9.00 minit malam di KKIA akhirnya muncul depan mata dengan senyuman bahagia menemui anak di rantau. Ya Allah kami bersyukur atas rahmatMu dan hidayahMu. Sesungguhnya Dia lah yakni Allah yang memberikan rahmat dan keizinan. Mama memeluk erat tanda terlalu rindu pada anak sulung kami. Syukran Alhamdulillah.

    Ada banyak cerita baru pengalaman baru dan khabar berita dari Mesir. Tidak ketinggalan melihat beberapa makanan sebagai buah tangan dari Mesir untuk kami sekeluarga.Mesir sekarang di perintah dalam keadaan aman, walaupun ada  masa politik bergolak seketika. Kali ini bercuti selama beberapa minggu untuk menyelesaikan beberapa keperluan seperti penyiapan permohonan Bank Draf untuk kos pengajian yang harus di buat di Malaysia.  

    Katanya kali ini dia balik ke Malaysia bersama dua lagi teman belajar di Mesir iaitu seorang dari Terangganu dan seorang lagi di Johor. Bagaimana pun masih ramai teman belajar yang tidak balik di Malaysia sebaliknya hanya mahu bercuti dan berjalan-jalan di Negara Mesir, Turki dan Spain. Rasanya  mereka amat merasa bertuah dan amat istemewa apabila mempunyai masa yang begitu panjang pergi melancong ke negara lain selain Negara Mesir.Pelajar Malaysia berkeinginan ke Sapin dan Turki kerana tertarik dengan sejarah Islam seperti Blue Moasque di Turki dan Istanbul.

   Hadiah paling berharga bagi Etuza ialah mendapat cincin yang diperbuat dari kayu koka, mama mendapat tudung dan berbagai makanan coklat dari Mesir merupakan satu nikmat yang terbaik untuk dari anak sulung. Alhamdulillah.

    Marilah sentiasa bersyukur atas semua rezeki dan nikamt kehidupan yang Allah berikan. Dengan bersyukur kita akan menadapt rahmat dan keredahaanNya. InshaAllah akan Etuza buat entry makanan coklat dari mesir serta beberapa jenis makanan yang lain. Harap teman blogger menanti dengan sabar. Mana;ah tahu dapat hadiah makanan dari Mesir. InshaAllah.