Resipi Roti Paratha Mudah Masak
Sajian Seisi Kelurga, Murah Halal dan Sedap
Sehingga menjilat jari!!!
Cuba lah Hari Ini...

Inilah Roti Paratha Sarapan Seisi Keluarga Pagi Hari Ini.
Terima Kasih Mama yang menyediakannya.
Ganjarannya Masuk Blog.

     Hari ini hari ahad, kalau di Sabah memang time cuti hujung minggu. Sebagaimana info anak di Kelantan hari ahad hari bekerja. Masa cuti pada hari Jumaat katanya. Mood memasak mama agaknya bagus hari ini, roti paratha yang Etuza beli kemarin nampaknya hari ini diusaikannya sehingga anak-anak menjilat jari. Sedap lembut halal lagi cepat masak dan mudah cara penyediaannya.

    Roti Paratha ada berbagai harga dan saiz, Etuza pilih yang sederhana saja harga RM 6.35 sen sahaja sebungkus mengandungi 5 keping Roti Paratha sahaja. Lebih murah agaknya kalau di Tanah Semenanjung. Di Sabah mahal lah sedikit. Inilah nasib kami di Sabah. tak apa lah lupakan itu. Nampak kuah kacang beli lah setin kuah kacang dalam tin.

   Cara memasaknya pula. Sangat mudah  sekali tidak membazir tenaga.
1. panaskan kuali
2. Bila dah agak panas letakkan sekeping roti paratha.
3. masukkan ke kuali secara satu persatu dan saling terbalikkan.
4. Lihat sehingga perang angkat dan tekan sisi tepi bulatan roti paratha.
5. Atau lipat dua kemudian potong belah dua dapat dua bahagian.
6. Panaskan kuah kacang ( panaskan ya ) baru sedap.
7. Angkat kuah kacang tadi dan hidangkan kepada seisi keluarga.
8. Cara makan cecah ke kuah kacang guna tangan makan dengan penuh lazat. Hingga menjilat jari..simanja menjadi sayang kepada ibu dan ayah.

Cubalah hari ini.