Adaptasi Resipi Dari Saji Desimber 2014
Resipi AYAM GOLEK HITAM MANIS

Air tangan isteri Etuza.
Sampai menjilat jari semalam...

Sila juga klik SINI isu politik di Sabah
Kalau Nak Anugerah SILA KLIK SINI tak rugi
kita war-warkan dan ambil DOKUMENTASI esok 7hb Dis 2014.

Ini gambar 1, tak pakai flash 2,3 tiada flash kamera.Nampak bezakan.

Bahan-Bahannya
1 Ekor ayam ( sederhana )
6 Ulas bawang merah ( dicincang )
2 labu bawang besar ( potong dadu )
3 ulas bawang putih ( dicincang )
4 cm halia ( hiris halus )
2 sudu besar cili boh
1/2 cawan kicap pekat
1/4 cawan kicap cair
1/2 cawan sos tiram
1 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
1/2 lada bengala merah, hijau ( potong panjang )
sedikit daun bawang
gula dan garam
minyak secukupnya.

Cara Hendak Menyediakan Juadah Ini

1. Ayam dibersihkan perapkan dengan sedikit kicap cair dan kicap pekat selama sejam.
2. Goreng ayam sehingga masak dengan api yang sederhana.
3. Tumiskan bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik baunya.
4. Masukkan cili boh tumis sehingga garing.
5. Masukkan kicap pekat kicap cair sos tiram sos tomato sos cili sedikit air,gula dan garam.
6. Biarkan mendidih masukkan semua lada bengala dan daun bawang sup.
7. Kacau rata hingga kuah menjadi pekat. Dan angkat curahkan kuah di atas ayam yang sedia di goreng. Gaulkan dengan rata, kemudian hidangkan kepada keluarga anda.

Huuuuu!!! semalam menjilat jari anak-anak ni. Memang tergolek lah ayam golek hitam manis. Cubalah di hari cuti anda.

ini majalah Resipi Saji - Untuk Mama..Semua Resipi Sini Best Gila!!