Anda ada kamera ? Jika ada pasti secara langsung anda 
adalah seorang PHOTOGRAPHER. Bestkan! .
Handphone juga kini mampu dijadikan alat
perakam ke manapun anda pergi. Adalah rugi
sekiranya anda bersiaran tanpa mengambil sekeping
gambar kenangan padahal tempat itu 
menarik sekali.
( imej candid pilihan Etuza )

Kadangkala kita suka klik kamera yang kita ada
secara rambang ke arah sesuatu imej dalam
bentuk apa sahaja. Itu dikatakan sebagai
candid sebagai bahasa biasa kita. Candid biasa
dan sesuai untuk imej bergerak seperti Manusia
dan Haiwan menurut Etuza. Tetapi candid untuk
pemandangan tidak sesuai sebab pemandangan
tidak bergerak. Tetap indah dan tak akan berubah.

Kepada anda di sini Etuza hendak bagi tahu
usah tertawakan imej atau gambar candid.
Kerana dalam penelitian Etuza imej cara candid
amat unik kelihatannya. Etuza merasa sangat
seronok dan boleh tersenyum bahagia melihat 
imej cara candid ( gambar tidak bersedia ) 
tetapi amat menarik.
Jika tidak percaya..cuba seketika perhatikan gambar
candid yang Etuza label tangan GOOD tu.
Lihat ya..Menarikkan...Ha mulai sekarang
usah ketawakan imej candid anda.




Alya sebenarnya belum bersedia tapi dah kena snap..ini kerja Etuza lah ni.