Blog Pesona & Mustika
Sticer ini hadiah dari Blogger Safirul Amar ( terima Kasih )


Sajak : Ilham Yang Baik Datang DariMu Jua.

Pesona & Mustika inilah blog laman Etuza..
Menghiasi persada maya seiring dengan blog lainnya.
Setiap detik waktu ada entry terzahir..
Segalanya atas izinMu jua..
Seketika termanggu sejenak..
Memikirkan hari-hari mendatangi..
Bakal kita lalui selagi ada nafas kita..
Selagi ada daya tenaga dan kesihatan..
Semuanya anugerahNya yang wajib disyukuri..

Blogger kah Etuza kini..
Tampilan blog yang biasa sahaja..
Pengisian yang biasa sahaja..
Orangnya biasa sahaja..
Tetapi masih terpampang di maya pada..
Dengan adanya entry - entry dipersembahkan..
Alhamdulillah ada peningkatan grafik
Kelihatan unik dan menarik sekali..

Ya Allah malam sepi ini..
Sebelum melelepkan mata ini..
Kami mohon ya Allah berilah ilham
Ilham untuk mengisi laman blog kami..
Ilhamkan lah Ya Allah..
Beri kami kemampuan mengali dan gali
Entry menarik sebagai santapan minda
Masyarakat..ke arah pembangunan minda..
Terima Kasih ya Allah..
Rahmatilah kami blogger Malaysia..
Dengan izinMu juga akan terzahir
Segala ilham yang murni dariMua..

Sajak By Etuza.