Blogger Malaysia Review By Etuza Siri #4
Blogger Lya Blog - Akif Imtiyaz Pilihan 

Kata-Kata Yang Terbaik Di Blog Lya 
yang selalu Etuza baca saat drop komentar.
Cantik kiasan kata-kata hati Lya.

Penulisan Sekadar Cetusan Dari Hati,
Pendapat Peribadi Dan Berdasarkan Pengalaman Diri
Daripada Kaca Mata Seorang Hamba Ilahi.

"Menulis Bukan Suka-Suka, Menulis Bukan Kerja Gila, Menulis Harus Ada Rasa,Gerak Hati Ilham Sang Pencipta."

Etuza setuju kata-kata ini, sebab jika tak ikhlas menulis
pasti sukar hendak siapkan Entry dalam blog.


SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤    ❤ Akif Imtiyaz
Ini header blog Blogger Lya ( Julia Johari )
Ada unsur Kretiviti Tersendiri.

      Pada pengamatan Etuza blog Lya - Akif Imtiyaz mempersembahkan catatan pelbagai seperti kebanyakan blog lain seperti juga blog Etuza sendiri. Blogger Lya mempunyai anak lelaki yang masih kecil dan kelihatannya putera Lya itu seorang kanak-kanak lelaki yang bijak dan memiliki peribadi yang baik, menghormati ibunya dan amat sporting. Antaranya Akif tidak segan silu memberikan gaya dan style bergambar apabila Ibunya Lya mengkehendaki Akif menjadi model blog Lya ini. Terbaik tu..sebab kalau bukan anak kita siapa lagi nak dijadikan model utama, betul kan.

     Baru-baru ini Lya amat sporting menyertai program maha besar di blog Etuza iaitu Pecarian Anugerah Tropi Untuk Blogger Malaysia 2014. Dan tak sangka Blogger Lya menjadi JOHAN/JUARA utama. inilah yang dikatakan "Rezeki manusia tak siapa yang tahu" . Terdapat 4 blogger menjawab 10/10 jawaban betul pada anjuran KUIZ dari Etuza. Undian telah dibuat dengan telus. Huuu!! Etuza rasa berdebar juga, sebab pasti akan muncul JUARA. Mama ( isteri Etuza ) nampaknya tercabut nama Julia Johari. Sahlah LYA menjadi JOHAN/JUARA dan berhak mendapat TROPI, sijil penghargaan, dan hadiah iringan yang lain. Dan alhamdulillah semua hadiah tersebut telah selamat Lya terima. Syukran kepada yang maha Esa.

    Kepada Blogger Lya-Teruskan usaha berblog, yakinlah ada juga hikmah pada paparan blog kita. Sayang jika Lya berhenti menulis kerana Lya seorang blogger yang mesra maya mudah drop komen yang membina dan selalu menerima entry blogger lain dengan hati yang terbuka. Blogger Lya juga sangat menghargai blogger yang datang berkunjung ke lamannya ..sebagai bukti klik SINI anda akan melihat bagaimana caranya Lya hargai blogger yang rajin dan suka ke blog Lya. Klik ya. Nampaknya setakat ini sahaja ulasan Etuza mengenai Blogger Malaysia Review By Etuza Siri #4 Pilihan Etuza iaitu Blogger LYA.

Inilah Tropi Lya-Juara tu..
Bertuahnya Blogger Lya kan..

Tropi sumbangan Oleh Blogger Etuza.
Dikuasakan Oleh Blogger.

Syabas & Tahniah Blogger Lya.