Asalamualaikum & Salam Sejahtera Petang Ini.

Etuza mendapat kiriman gambar-gambar 
Pelajar Malaysia Team Anakanda Etuza 
Melihat mereka terasa bahagia ..sangat bersyukur
kerana pelajar-Pelajar Malaysia dalam 
Bidang Perubatan dalam keadaan sihat walafiat.
Terima Kasih Ya Allah.
Mari tengok Gambar Kenangan Mereka 
Di Universiti Al-Azhar 2014.

      Katanya dia terlibat sebagai Ahli Exco Convo  sesi 2014 baru-baru ini. Menjadi salah seorang yang bertugas membantu mengendalikan Majlis Terhebat Konvokesyen 2014 bagi Graduasi Perubatan Bidang Pergigian  & Perubatan Di Universiti Al-Azhar, Mesir. 

     Mereka semua mengambillah kenangan bergambar bersama-sama dengan senyuman yang manis dan gembira apabila diberi penghargaan membantu menjayakan Majlis Konvokesyen ini. Tahniah kepada mereka dan semoga mereka sentiasa sihat dan selamat. Mari lah rakyat Malaysia khasnya yang ada anak belajar di luar negara agar kita doakan sentiasa keselamatan dan kesihatan mereka sepanjang belajar di Mesir. Doakan juga negara Mesir sebagai Negara Islam aman dan harmoni dalam kepimpinan pemerintahan  masa sekarang. Amin ..

     Etuza diberitahu oleh anakanda bahawa ada ibubapa dari Malaysia datang menyaksikan anak-anak mereka menerima segulung ijazah kejayaan. Katanya " InshaAllah doakan kami semua berjaya menamatkan pengajian dan boleh lah ayah ke Mesir masa itu" Katanya. InshaAllah. Subahanallah.Mohon Allah kabulkan. Amin.

Minta maaf lah ya ..tidak kenal nama2 kawan-kawan puteri / anak Etuza
Yang pasti 95% kawan-kawan anak Etuza adalah dari Semenanjung
Malaysia. Sedikit sahaja Pelajar Sabah di sana. Apa lagi selepas
\Masalah politik bergolak 2 tahun yang lalu.

Kongsi Pelancongan Dari Pelajar Malaysia Di Mesir.