Dalam Berita Harian keluaran Jumaat lalu, Etuza ada membaca paparan tentang SEBATAN SALAH GUNA MEDIA SOSIAL. Ini termasuk blog, fb, tweeter dan sebagainya. Kerajaan adalah di gesa  untuk melaksanakan hukuman lebih keras termasuk sebatan terhadap pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan media sosial..

Cadangan ini telah dibuat oleh Ahmad lai Bujang  ( BN-Sibuti) dan mendapat sokongan oleh pemimpin yang lain.
Isu menyebarkan sentimen perkauman dan berbaur serangan perkauman dan memperlekehkan agama menerusi media sosial seperti di Facebook adalah disifatkan semakin serius, justeru itu tindakan menjalankan hukuman sebat bagi pesalah jika didapati harus dilakukan. ( baru dalam perbincangan )
Etuza nak ingatkan diri sendiri, elakkan lah hal-hal seperti mengusik hati masyarakat dengan isu perkauman, meghina agama dan sebagainya. Kalau diamat-amati perlakuan ini sebenarnya mampu menghancurkan keamanan dan keharmonian negara kita. Oleh itu berblog lah dengan cara professional berasaskan akal yang waras, usah berblog atau menyalur info di FB ikut perasaan dan baran anda. Semoga ada manfaat berita ini.