Penulisan, Menulis ,Tulisan  & Penulis

Mohon maafkan Kelemahan Etuza di blog.


      Dunia blog kini Etuza rasakan sangat mengasyikkan, sangat mengujakan dan sangat menyenangkan Etuza. Tetapi dalam menikmati keseronokan berblog, ternyata Etuza banyak kelemahan dan kekurangan yang jelas ketara. Tidak hairanlah jika cara penulisan dan penyampaian sesuatu tulisan Etuza dalam blog ini dikritik dan dikomen oleh ramai blogger maya yang lain.Namun kritikan yang mereka lontarkan itu menjadi kekuatan bagi Etuza agar terus berusaha memperbaiki diri. 

      Terdapat ilmu dari segi teknik dan kaedah penulisan di blog maya Etuza wajib pelajari, harus Etuza ketahui dan perlu dipelajari agar konsep dan cara sebenar sesuatu penulisan di blog itu dapat Etuza gunakan nanti. Jika tidak pelajari teknik dan kaedah itu, pasti kelemahan yang sering Etuza lakukan itu tidak akan selesai. Dan kemungkinan ramai pembaca senyap yang akan meninggalkan blog Etuza tanpa dibaca.

      Pada awal pembabitan Etuza dalam blog ini, Etuza memikirkan dengan cara Etuza sendiri, dengan cara bebas menulis dan tulis apa juga yang Etuza fikirkan ke blog ini tanpa memikirkan keperluan pembaca, tanpa memikirkan keinginan pembaca dan juga tanpa memikirkan kepuasan pembaca. Sebab itu Etuza tidak terfikir menggunakan kaedah dan teknik penulisan dalam blog dengan cara yang betul, tetapi mengikut rentak sendiri dan cara santai. Sikap blogger seperti ini harus dielakkan kerana kita merujuk semula apakah niat berblog, objektif dan fikirkan masa depan sebagai blogger aktif.

      Kini Etuza sedar apabila pembabitan Etuza dalam blog secara aktif bermula Oktober 2014 hingga kini, perlunya memperbaiki cara penulisan agar pembaca tidak bosan dan merasakan ada nilai blog Etuza ini.Demikian juga nilai yang tinggi di blog kawan blogger yang lain. Dengan cara memperbaiki teknik dan kaedah penulisan serta penyampaian yang baik di blog, akan menjadikan blog kita sering dikunjungi pembaca senyap, serta pengunjung setia blog kita.

   Sebelum mengundur diri, Etuza mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali blog Etuza ini ( Pesona & Mustika ) di alam maya. Memohon maaf akibat terdapat banyak kesalahan ejaan, kesilapan cara menulis dan kesalahan struktur kata-kata yang berulang - ulang. Etuza hanya mengikut kata hati, mengikut rasa seronok berblog hingga melanggar etika penulisan sebenar. Maafkan Etuza.

      Etuza berharap kepada semua pengunjung blog Etuza ini, agar terima keadaan blog Etuza ini yang Etuza rekaletak sebegini, agak banyak gambar dan widget. Etuza buat rekaletak ( susunan ) demikian kerana ada maksud tersirat.Etuza harap anda dapat pastikan ruang catatan dan informasi di blog Etuza itu yang menjadi perhatian anda. Etuza akan terus berusaha memperbaiki teknik menulis dan memperbaiki kelemahan yang lain agar anda merasa senang hati membaca di blog Etuza.