Terdapat banyak perkara yang menyumbang
perasaan bahagia dalam kehidupan Etuza hari ini
pada 20hb Nov 2014 ( Khamis )
Tropi untuk blogger 2014
anugerah di blog Pesona & Mustika.

Mohon maaf lah ya, jika tropi ini tidak menepati citarasa blogger yang join Pencarian Anugerah Tropi Untuk Blogger Malaysia 2014.
Berita hari ini sebenarnya blogger aRz  sebenarnya telah menghantar jawaban kuiz di email gmail Etuza. Bagaimana Etuza terlepas periksa data di gmail Etuza tu ya, sebab semalam jam 12.00 malam baru Etuza off line. Belum Etuza periksa lagi tetapi akan klik gmail dan akan selesailah proses menunggu jawaban dari 11 blogger yang join pencarian anugerah tropi ini. 
Tak sabar rasanya Etuza sendiri nak lihat siapa blogger Malaysia yang benar-benar bertuah tu.Betul ada debaran..lain sangat debarannya, ada dua rasa debaran ini, pertama debaran melihat blogger dan blog siapa juara, naib juara dan ketiga. Debaran ke dua risau Etuza ada blogger yang tidak dapat terima keputusan. Namun segera Etuza buang perasaan itu kerana Etuza yakin 11/11 blogger yang join akan terima dengan terbuka apa juga keputusan, mereka faham adat bersaing secara sihat. Kadangkala kena guna juga kata-kata macam ini " hari ini dia esok lusa tulat mana tahu hari kita pula" atau pun kena fikir " ini bentuk rezeki dia, rezeki kita pula dalam bentuka apa dari mana kita tak tahu, inshaAllah kalau rezeki saya milik saya lah".
Etuza harap semua yang join terus bersabar dahulu.Beri Etuza waktu untuk periksa semua dan InshaAllah akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Kepada aRz semoga tiada masalah yang timbul apabila Etuza log in akaun gmail Etuza.