"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahnyangkan"

Subahanallah indahnya dan tidak puas mata memandang Masjid Allah ini, Masjid yang cantik bentuk dan ukiran serta tinggi seni ini di Daerah Ranau. Di sinilah tempat Etuza dan anak-anak serta isteri singgah apabila saat solat tiba dan akan melakukan Jamak Qassar. ( Solat takdim & qasar bagi yang bermusafir)

Besar juga Masjid Ranau ini, berada betul-betul di hadapan round abaout menuju ke Pekan Ranau. Pada arah round abaut tu kita hal pertama kita terus pandu kereta menuju ke jalan Telupid, Sandakan dan Tawau.Pada hala sisi kiri kita akan pandu naik bukit menuju ke Pekan Ranau ( Pekan Utama). Kecik ja Ranau ini, tetapi terkenal dengan pelancongan khasnya di Kundasang Ranau dan banyak lagi pusat pelancongan yang menarik seperti di Zen Garden Hotel. Satu pusat peranginan yang sangat cantik view dan sesuai untuk tempat tinggal dalam beberapa hari di Ranau. 

Jalan bukit menuju ke Hotel Zen Garden ini, kita akan melihat sebuah surau yang sedang diperbaiki seolah surau itu terapung di atas, kerana dibina di atas bukit. Kalau nak lagi jelas ada gambar surau Kundasang  bercerita dan sedang dalam pembaikan. Pasti Etuza akan basahkan wajah dengan air wuduk nanti bila Etuza datang lagi ke Kundasang Ranau.

Salah satu pemandangan lembah gunung
kinabalu di Kundasang Ranau.

Surau atau Masjid atas bukit di Kundasang Ranau
tak sabar nak tengok bila siap pasti lawa ni..