Saatnya sudah tiba untuk dituai..
Entry yang lalu menghias blog Pesona & Mustika mengenai pokok rambutan ini depan rumah Etuza yang rendang berbuah sederhana lebat kini sudah semuanya merah. Ini lah saat yang sesuai untuk menuai rambutan.
Cuba petik sebiji baca bismillah dan nikmati buah rambutan percuma dari Allah. Hummm!!! subahanallah lazatnya tidak terperi. Lupa pula bagi share isi dan keadaan pokok rambutan yang dah kehilangan buahnya.
Ini lah sebesar-besar anugerahNya. Percuma dan manis lazat dan isi rambutan tak melekat biji. Betullah dahulu Etuza beli benih ini di tamu Gaya Street di Kota Kinabalu.
Benih rambutan kawin kata penjual. Etuza beli dan tanam depan rumah. Alhamdulillah ...tak sia-sia, anak-anak kini merasai buah rambutan Etuza.
Ada bagi sebakul untuk mak ayah/ saudaraAlhamdulillah, tengok buah rambutan tak ada
cacat cela. Cantik dan sebiji pun tidak dimakan ulat. Subahannallah.
Bila dilihat masih berbaki apa nak buat!
Diikat rapi, agak-agak berapa harga seringgit, pergilah jual harap ada yang beli, kita tahu sekarang musim durian, langsat, rambutan dan sebagainya. Adakah yang nak beli!. Alhamdulillah habis dan rambutan kini bertukar menjadi wang, menjadi alat untuk membeli keperluan hidup.Alhamdulillah..
Tiada lafaz terindah untukMu ya Allah
melainkan Terima Kasih ya Allah
Alhamdulillah inilah anugerah
hebat dariMu.
10 Ulasan
nampak pokoknya kecik ja tp buahnya bergayutan dgn lebatnya..tak rugi berbudi pada tanah
BalasPadamWah lebat sungguh buahnya. berbaloi jika ada pokok sendiri apatah lagi di halaman rumah. Ia juga dapat mengeratkan sesama keluarga semasa aktiviti memetik buah-buah tersebut. berbalo-baloi
BalasPadamhttp://www.tanomkinotuan.blogspot.com
Wah lebat sungguh buahnya. berbaloi jika ada pokok sendiri apatah lagi di halaman rumah. Ia juga dapat mengeratkan sesama keluarga semasa aktiviti memetik buah-buah tersebut. berbalo-baloi
BalasPadamhttp://www.tanomkinotuan.blogspot.com
Lebat betul buah rambutan tu,mesti manis.
BalasPadamrambutan my feberet klau lah jm d sabah jgk mahu je pegi umah cikgu makan buah rambutan yg sedap tu. pos tuk jm boleh heee
BalasPadamalhamdulilah terima kasih..
BalasPadamUntungnya dapat makan buah hasil tanaman sendiri
BalasPadamAlhamdulillah...Rezki yang ada jika dikongsi dan disedekahkan moga lain kali hasilnya akan berlipat kali ganda ...InsyaAllah...
BalasPadamsuka rambutan...lebih keningau punya sedap
BalasPadamishhhhhh tiba2 teringin lak nak makan rambutan..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.