Anak Sungai Mapua Mengalir Alir Gemersik
Pantun
Seketika awal pagi ini lah kerja Etuza,
Pergi melihat kebun setapak tangan Etuza,
Meninjau kolam yang sepi ada ikan peliharaan Etuza,
Seketika juga melihat panorama anak Sungai Mapua.
Pantun
Seketika pagi hari ini jumaat yang indah,
Kelihatan berbagai tumbuhan menarik perhatian Etuza,
Ambil wajah hijauan menjadi penghias laman mustika indah,
Lihat juga berbagai khazana alam ciptaan yang Esa.
Mari melihat anak Sungai Mapua Mengalir Gemersik..
Kedengaran perxikan yang indah terasa..
Dingin bayu pagi saat air mengalir..
Bahasa anak Sungai Mapua gemersik bunyinya menyambut hadirku.
Ini gambar Anak Sungai Mapua jernih mengalir selepas banjir.. |
Segar sekali melihat anak Sungai Mapua megalir gemersik alir mengalir |
Batu-batu besar berbagai bentuk mengukuhkan anak Sungai Mapua ini |
Tengok air Sungai Mapua situasi mengalir tenang...damai melihatnya.. |
Huuu tenang melihatnya..damai ..air adalah asas kehidupan..tanpa air apapun tak jadi.. Hanya bila melimpah air..ada maksud Allah tunjukkan... |
Paku pakis pun ada, kebun mama pun menjadi juga..tapi ni lah nak kata tak tangan nak bersihkan..rumput tak habis...ada..saja yang tumbuh baru... |
Pergi tengok kolam, kebun getah ..ada tak anda tengok pokok getah di toreh..ni lah keadaannya nampak susu getah menitis kan.. |
Ada juga pucuk ubi kayu, lada putih tanaman mama di kebun. Uniknya ada anak pokok daun lebar bentuk hati itu.. dulu ibu Etuza ada guna daun ini bungkus nasi..ada wangian... |
Semoga dapat melihat hikmah bergambar anak Sungai Mapua gemersik mengalir ini..anak sungai ini mengalir hingga ke Sungai Pegalan dan terus ke laut.Bayangkan ratusan kilometer air Sungai Mapua ini menemui muara laut.Hargailah sungai di area anda..jangan membuang sampah ke dalam sungai, tak elok.Harap memahami khazana alam yang amat bernilai ini.
20 Ulasan
Sungai. Best kalau dapat mandi. :)
BalasPadamsejuk aje bertandang sini..masih jernih...
BalasPadamalangkah aman dan damai terasa ..melihat anak sungai...kebun..
BalasPadamsungai masih boleh dimandi ka cikgu etuza?
BalasPadamAda lintah tak?
hehe
dalam sungai camtu aada lintah ke aRz..bukan dalam sawah je ada lintah..eeee kalau ada lintah!
PadamDulu masa tinggal di kampung memang biasa sangat dengna lintah. tapi lintah akan ada pada sungai yang kotor sedikit. kalau jernih jarang ada lintah
BalasPadameeee...tak berani lah mandi sungai kalau ada lintah!
Padamjaga kebersihan sungai ya cikgu
BalasPadamKampung Okje tak de sungai cikgu tp kg okje ada pokok getah. Dulu dulu lah zaman okje kecik......Okje pernah menoreh tau, jangan tak percaya! Sumber getah ni lah membesarkan Okje cikgu
BalasPadamTerrornya geng, kita nak pegang pisau torehpun tak reti
PadamSuasana yang sungguh nyaman, tenang dan damai... Bagai terasa2 pula kesegaran menikmati keindahan alam yang jauh dari pencemaran dan pembangunan ini.
BalasPadamalhamdulillah kerana entry ini memikat hati anda..bahasa air sungai mengalir..khazana alam...
BalasPadamheeeee
PadamDamai dan.mengasyikan, bagi orang2 yang seni cam Cikgu, memang sesuai ke sini untuk berkarya.
BalasPadamMusim2 hujan, terasa kesejukkan hingga ke 'tulang hitam', ada erkkkk..
BalasPadamanak sungai mapua ni berada berdekatan rumah cikgu ke..masih jernih airnya...
BalasPadampokok getah dan kebun yg ada pokok ubi kayu, lada putih tu..kebun di belakang rumah cikgu ke...terasa satu hari nanti nk pegi melawat rumah cikgu...
BalasPadamSubhanallah walhamdulillah... suasana semulajadi yg tenang & nyaman...
BalasPadamCantiknyer anak sungai ni ..Airnya jernih dan bersih ..Semoga tidak dikotori tangan2 yang rakus..
BalasPadamTiba2 terkenang rumah abang kat Gua Musang selepas banjir tempohari, tiada bekalan elektrik & air hampir sebulan.
BalasPadamAir sungai yang mengalir tenang dibelakang rumah untuk kegunaan harian
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.